Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.
ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.
"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.
Sepatutnya kerajaan negeri jika telus sangat, kerajaan negeri patut dedahkan berapa banyak jumlah tender yang telah diberikan kepada bumiputra dan bukan bumi putra... dedahkan berapa banyak kedai melayu yag telah dirobohkan berbanding kedai bukan Melayu yang dirobohkan.
Rakyat nak tahu pendedahan kerajaan negeri.... sejauh mana telusnya mereka ni... nampaknya kerajaan negeri melalui laporan polis ini tidak berniat nampaknya untuk mendedahkan hal sebenar....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan