Ini mungkin berita yang ditunggu oleh ramai bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.. ini menandakan mungkin permainan ' Pakatan Rakyat' terhadap bukan Melayu akan 'check mate' apabila melayu mula bersatu tidak kira diatas platform apa sekali pun... tidak kira dipanggil muzakarah, dialog atau sebagainya.. namun ianya permulaan baik untuk kesatuan Melayu.
Namun berita ini juga mengundang rasa tidak puas hati terhadap kesatuan Melayu dan Islam yang akan mencabar agenda Pakatan Rakyat.. pasti ada pihak yang menentang khasnya mereka yang pro-reform dalam PAS atau Pro Erdogan.. yang sentiasa tidak senang kesatuan melayu dan Islam dalam konteks yang lebih besar... kerana kesatuan ini akan dilihat memberi kerugian kepada Pakatan..
Jika dilihat konteks yang lebih besar sebenarnya pakatan gagal membawa suara melayu dan Islam dengan kukuh dan mapan. Banyak isu-isu tentang Melayu dan Islam dilihat semakin dibiarkan.. Isu seperti kuat kuasa penjualan arak, gerai peniaga Melayu dirobohkan dan Isu kalimah Allah yang banyak menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Bangsa melayu dan umat Islam
Pas Selangor mengambil langkah wajar, iaitu bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan tersebut amat baik sekiranya mampu mengukuhkan perpaduan rakyat dan agama Islam di negara ini. [rujuk sini]
Ia dibuat atas alasan untuk menamatkan permusuhan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang mewakili orang Melayu itu.
Pastinya tindakan PAS Selangor ini akan menimbulkan pelbagai reaksi namun yang paling kuat kedengaran ialah suara yang menentang. Isu Hasaan Ali pro UMNO, beneka UMNO, kuda trojan atau pro muzakarah pasti akan timbul kembali. Ini semua adalah suara yang dengki dan tidak senang terhadap kesatuan Melayu dan Islam.
Namun kita akan lihat sejauh mana ikhlasnya PAS dalam isu kesatuan Melayu dan Islam ini.. adakah ia hanya cakap politik ataupun ianya satu komitmen terhadap perjuangan Islam...
50 tahun bermusuh lama nya
BalasPadamMalaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity