Halaman

Selasa, Februari 09, 2010

Presiden tunggul, Wan Azizah dipersoal

Di mana Wan Aziah? kenapa masih tidak menjelaskan dakwaan pemilikan saham Azmin dan Isterinya Shamsida Taharin?

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, perkara itu tidak boleh dianggap sebagai isu peribadi kerana Azmin pada masa ini adalah Naib Presiden parti itu. Apatah lagi pemberian saham berkenaan dikatakan berlaku ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan. [rujuk sini]

"Wan Azizah kena jelaskan isu ini, adakah dia tidak terfikir kenapa Azmin dan Shamsida diberi keistimewaan sedemikian rupa dan rakyat pula mahu tahu sama ada dakwaan berkenaan benar atau tidak.

"Jika tiada penjelasan semua orang akan tertanya-tanya dan ia akan menjejaskan imej parti, pada saya apa guna memegang jawatan presiden jika tidak mampu mempertahankan parti sendiri" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada November tahun lalu, Pengerusi Yayasan Belia India Malaysia, S.A Vigneswaran mendedahkan beliau memiliki dokumen berkaitan pembelian saham berkenaan. Ekoran pendedahan itu, Anuar Shaari yang merupakan bekas setiausaha sulit Anwar telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan serta memberikan keterangan kepada polis yang kemudiannya dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adakah Wan Azizah mahu melindungi kes ini kerana ANUwar juga terlibat? Tiada gunanya berada menjadi presiden parti jika sekadar menjadi 'perhiasan' struktur kepimpinan.

Nampaknya laungan telus dan adil oleh PKR hanyalah pembohongan semata-mata. Wan Azizah dilihat sekarang umpama tunggul dalam PKR, apa yang berlaku dalam PKR, WAn Azizah gagal memainkan peranan.. Jika hanya tunggul tidak perli dipanggil sebagai presiden.. yang ke hulu dan ke hilir hanya menemankan suami sahaja.

2 ulasan:

  1. Sampai sekarang aku masih tak fhm knp Kak jijah ni dilantik pegang jawatan tertinggi dlm parti.
    Tiada org lain yg layak ker?

    BalasPadam
  2. slm...kak wan kita ni bukan tau apa pun...jd presiden atas status dia je...kesian dia...tak sudah2 suaminya yg "luar biasa" tu buat hal...dia ni kira isteri 'mithali"jgk ni...sanggup berbohong pd rakyat&suruh saiful bertaubat demi suami tercinta!!!!!cukup2lah tu kak wan..tak payah penat2 nk berlakon lg...rakyat dah tau cerita sebenarnya.....kecuali penyokong2 anda yg memang "jumud" tu....

    BalasPadam