Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menulis kepada SPR meminta diadakan pilihanraya untuk dua Majlis Munisipal di Pulau Pinang dengan tujuan untuk mengembalikan sistem pilihanraya tempatan.
Sehari kemudian MB Selangor si Khalid Ibrahim dungu pun menyatakan kerajaan Selangor pun ingin lakukan yang sama.
Pilihanraya tempatan sudah dihentikan berikutan pengumuman darurat pada September 3hb 1964 dan masih dikuat kuasakan lagi. Sudah 40 tahun kerajaan menghapuskan pilhanraya tempatan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Muslihat DAP disebalik menuntut pilihanraya tempatan kerana penduduk Melayu bukan majoriti di bandar-bandar melainkan Kota Baru. Hampir 80% cukai kerajaan negeri diperolehi dari kawasan Perbandaran Tempatan.
Tujuan DAP adalah sama dengan sikap Singapura semasa mereka berada dalam Malaysia dimana mereka enggan berkongsi cukai dengan kerajaan persekutuan. Dengan adanya pilhanraya tempatan, kepentingan Cina yang cauvanis yang selalunya diperjuangkan oleh DAP akan menguasai cukai.
Apabila kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan, tentulah mereka tidak efektif dan akhirnya DAP boleh mengembangkan pengaruh politik ke luar bandar dan seluruh negeri.
Keadaan rakyat di luar bandar tidak kira kaum apa lagi tidak terbela. Padahal pusat-pusat bandar meraih perolehan keuntungan dari hasil sumber kawasan pendalaman.
Hai ... bodohnya si Khalid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan