Halaman

Sabtu, Mac 20, 2010

Perbicaraan Anwar Liwat Saiful Isu Jenayah, Bukan Politik



Ketika mana sedang hebat perbicaraan Dato' Seri "Anvar Abraham" dijalankan, "gerak saraf Pak Syeikh Al-Juburi" juga bergerak aktif untuk memenangi kes itu dimata rakyat. Bermati-matian pihak tertuduh bermain kata terhadap media dan ceramah-ceramahnya untuk membela diri. Saiful Bukhari diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan di"tembak" bertalu-talu oleh rejim "zionis" Anvar Abraham, sedangkan Saiful sebenarnya adalah mangsa dan memerlukan pembelaan! Itulah makna "pembelaan" dari mereka yang melaungkan ungkapan "keadilan"!

Namun, apa yang dimusykilkan ialah "MENGAPA PULA PIHAK BN DAN KERAJAAN PULA DIBABITKAN DI DALAM KES INI?". Dengan kata kunci "KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI" yang menjadi modal terbesar pada kes "liwat I", alasan itu juga yang diulang pada perbicaraan kali ini.


Entah apa salah pihak kerajaan kali ini? Sedangkan Kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak sedang sebok bertungkus lumus bekerja untuk rakyat dan membetulkan kekhilafan yang sedang berlaku di zaman Tun Lah. Pada saya, pihak kerajaan tiada masa untuk berkonspirasi terhadap Anwar, sedangkan semua kementerian kerajaan sedang bertungkus lumus memenuhi KPI masing-masing.

Hairan juga mengapa pihak Anwar bermatian menuduh pihak Kerajaan sedangkan pihak Kerajaan tidak punya sebarang kepentingan dalam kes ini. Pihak Kerajaan sebenarnya tidak peduli sama ada Anwar bersalah atau tidak, di penjara atau tidak? Biarlah pihak mahkamah yang menentukannya.

Sebab itulah "agenda" penyusupan masuk Anwar ke kediaman Perdana Menteri yang hangat sebelum ini gagal. Dato' Seri Najib dikatakan enggan campur tangan dalam kes kehakiman itu, apatah lagi menggugurkan pendakwaan kes itu sebagaimana yang diminta oleh Anwar.

Sebenarnya, kes perbicaraan liwat Anwar dan Saiful ini adalah kes pertikaian di antara mereka berdua sahaja dan tiada kena mengena dengan pihak Kerajaan. Itu hakikat sebenarnya.

Namun, di atas putar belit dan dasar suka memfitnah, maka "mereka yang terdesak" itu telah cuba mengaitkan isu ini dengan pihak kerajaan. Sudah menjadi lumrah pembangkang (pembangang!) Malaysia, sekiranya kes itu membabitkan pemimpin mereka, maka mereka akan sedaya upaya cuba menyalahkan kerajaan dan mangaitkan pendakwaan mereka dengan pihak Kerajaan. Kononnya, semua kes mereka didalangi oleh Kerajaan...itu saja modalnya!

Biarlah makkamah yang menentukan. Sistem perundangan Malaysia lebih berhak menentukan kes perbicaraan ini. Selebihnya, hendaklah Saiful dan Anwar serahkan pada Allah S.W.T. Dia lebih Maha Mengetahui. Jika terlepas pun, hukuman Allah menanti di akhirat. Biarlah Anwar dan Saiful bertarung di mahkamah. Itu perselisihan dan perbicaraan mereka.

Alahhh...kes orang lain kat mahamah tu takde orang sebok-sebok pun. Semua kes di mahkamah tu "konspirasi" kerajaan ke? Dah tanggungjawab kerajaan menyediakan sistem perundangan, dan harus diingatkan bahawa Sistem Perundangan kita adalah tidak terikat dengan kuasa politik mana-mana pihak termasuklah Perdana Menteri sekali pun. Semua orang faham terma itu, lainlah mereka yang "bebal" dan "kerja nak membangkang" jer!

Kepada mereka yang terlalu membela Anwar, fikirkanlah apa pula perasaan anda jika mangsanya bukan saiful tanpi anak atau saudara sendiri yang terkena.

Anwar sebenarnya boleh membersihkan dirinya dengan mudah melalui perbicaraan ini. Keputusan tidak penting. Apa yang penting ialah persepsi umum. Namun tindakan Anwar melengahkan perbicaraan menimbulkan keraguan orang ramai.

Lebih meragukan mengapa Anwar meminta diadakan perbicaraan tertutup membabitkan adegan liwat yang didakwa Saiful berlaku ke atas dirinya. Jika kerajaan berkonspirasi tentulah mudah peguam Anwar mematahkan hujah dan membersihkan imej Anwar secepat mungkin tanpa menunggu keputusan Mahkamah.

Malangnya Anwar pula yang meminta perbicaraan tertutup bukannya mangsa atau pihak pendakwaraya. Jika pendakwaraya yang memohon perbicaraan tertutup mungkin benar ada konspirasi kerajaan. Sebaliknya ini Anwar yang meminta perbicaraan tertutup.

Anwar harus membersihkan dirinya melalui proses mahkamah dan biar rakyat menjadi hakim seperti mana laungan beliau sebelum ini. Malangnya, bila kena ke atas dirinya tidak pula beliau membenarkan rakyat menjadi hakim. Jika beliau mahu rakyat menjadi hakim tentulah beliau meminta diadakan perbicaraan terbuka sepenuhnya.

Jadi dalam kes Anwar orang ramai tidak berpeluang menjadi hakim kerana Anwar sendiri tidak percaya kepada kebolehan rakyat atau beliau takut kebenaran tidak berpihak kepadanya?

Sumber : MYKMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan