Halaman
▼
Isnin, Mac 15, 2010
satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara
Memang saspen je aku dengar ayat di atas, tapi itulah yang ditulis YB Zulkifli Nordin berkaitan Sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama yang dijadualkan bersidang daripada esok sehingga Khamis 15 April 2010.
Beliau berkata, "Tapi saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!"
Bunyi sangat menarik untuk diketahui, apa yang dimaksudkan dengan perkara bakal meletupkan suasana politik negara.... kita tunggu je lah..
Namun sebelum itu, sidang parlimen pastinya memang sesuatu yang menarik kalau dahulu hanya kerajaan sahaja akan kritik, tapi kali ini pembangkang juga perlu panas telinga kerana mereka juga akan dikritik keras oleh bekas Ahli Parlimen mereka.
Ini tidak lain dan tidak bukan terdapat peubahan ketara landskap politik khasnya di dewan rakyat dari segi kedudukannya. Dengan Kerajaan BN mempunyai 139 kerusi, dipihak bukan kerajaan pula, DAP mendahului dengan 28 kerusi, PKR 26, PAS 23, PSM 1 dan Bebas 7.
Pertama yang panas pastinya serangan terhadap ANuwar Ibrahim, kes liwat terhadap DSAI telah bermula setelah hampir dua tahun tertangguh, itu pun hanya Saiful Bukhari (pengadu) sahaja yang sempat memberi keterangan dalam pemeriksaan utama. Tak sempat pun pemeriksaan balas kes tertangguh kerana DSAI memohon Hakim menarik diri kerana enggan menghukum akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiar gambar bilik tempat kejadian. Patut-patut kalau itu jadi alasan untuk Hakim menarik diri, apatah lagi kalau nak banding dengan permohonan saya memohon panel disiplin bukan Islam menarik diri kerana nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH; patut panel dah tarik diri pun. Tapi itulah namanya politik yop; orang lain semua tak boleh yop, ini pastinya akan jadi buah pukul Zulkifli Nordin dan Mohsin.
Manakal Zahrain dan Tan Tee Beng pula akan menyerang kerajaan DAP khasnya Pulau Pinang. Kes penyalahgunaan kuasa Lee Guan Eng, penidasan terhadap Melayu dan seterusnya menyentuh hubungan antara Pakatan yang sebenar umpa api dalam sekam.
Selain itu, ANuwar juga patut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, ketua DAP patut pegang jawatan tersebut samada Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. Sebab perlu diingat atas dasar demokrasi, Pakatan Rakyat adalah parti haram dan tidak berdaftar mengikut undang-undang negara sebagaimana BN. Jadi Speaker harus beri kata dua kepada ANuwar suapay meletakkan jawatan.. dia tidak pegang jawatan tersebut atas nama presiden Pakatan Rakyat.
Sooo... kita tunggu dan lihat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan