Halaman

Isnin, April 19, 2010

PANAS!!! : Bendahari PKR Hulu Selangor umum keluar Parti


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

kata Aspirasi : Jom keluar beramai-ramai dari Parti Kubur Rakyat @ PKR !!

Sumber : Rujuk Sini











1 ulasan:

  1. Inilah yg dikatakan Lompat Hasanah. Keluar dari kancah keburukan dan masuk ke lubuk kebaikan. UMNO lambang kejayaan negara.

    Kalau doktor pakar bedah saraf tak dapat membantu penyakit Zaid,dia kena cuba try berobat cara kampong pulak.Zaid jangan putus asa. Walau pun kekalahan dalam tangan,namun wang pertaruhan dapat dipertahankan.

    Bila kalah balik Kelantan buat muka sedih. INGAT! Jangan buat perangai lama.

    BalasPadam