Halaman

Ahad, Oktober 03, 2010

Harga Rokok Naik Esok




PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

Sumber : Mstar

3 ulasan:

  1. biar naik sampai rm20.
    kalau kerajaan bijak..naikan harga rokok dan guna cukai rokok untuk faedah rakyat..ambil cukai rokok dan bagi kepada rakyat seperti turunkan harga minyak.
    untuk elakan rokok seludup sila pastikan pihak penguatkuasa seperti polis dan kastam atau mana2 saja yang bersangkutan tidak ambil rasuah.
    cuba2 siasat anggota kastam yang selalu balik kampong bawa rokok yang dirampas.
    ada yang bakar mercun macam nak perang waktu sambut raya dikampong,dengan megah tunjuk yang mereka ada mercun.
    cukai rokok naik dan rokok seludup senang dapat salah siapa?
    tengok2 juga kedai yang menjual rokok kawasan chowkit dan pasar borong selayang.
    gudang garam dan lain2 rokok seludup bolih dibeli di kedai milik peniaga acheh.
    pihak kastam tak perlu lah parking VAN mereka kat jalan raja alang kalau nak buat operasi pun.
    buatlah dalam senyap.
    pelik rasanya,kerja tak seberapa,menunjuk jer yang lebih.
    sepanjang jln raja alang ada 5 atau 6 buah kedai milik peniaga acheh yang jadi pemborong rokok.
    memang benar mereka beli rokok dari british american tobacco dan pengilang jenama lain secara sah.
    tapi,berapa sangat untung mereka dapat?.
    kalau masuk kedai mereka memang tak di pamerkan rokok seludup ni. mereka simpan bercampor aduk dalam barang2 lain.
    kekadang tu dalam kotak mee segera pun mereka simpan.
    bila ada pembeli mereka ambil dan masukan dalam beg plastik hitam.
    rasa2nya penguatkuasa tahu hal ni.

    BalasPadam
  2. akua akan tetap beli.

    BalasPadam
  3. haram jadah tak habis-habis dok naik jer .... awat tak letak RM50 ker 70 ker sekotak ....

    BalasPadam