Harapkan pagar, pagar pula makan padi.. harapkan Pakatan Rakyat rupanya rosakkan harapan rakyat..
Semenjak Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah beberapa negeri, banyak harapan yang tinggi menggunung diletakkan kepada mereka. Pemilihan Pakatan dibuat supaya dengan anggapan dapat menyelesaikan masalah rakyat yang dahulu BN tidak buat. Apatah lagi harapan rakyat ini diberi janji menggunung oleh Pakatan melalui pelbagai manifesto mereka, negeri berkebajikan, tidak naikkan tarif air, amar maaruf nahi mungkar dan sebagainya.
Tapi itu hanyalah harapan yang dimimpikan sahaja.. jadi ianya tetap mimpi.. dan mimpi ini tidak menjadi realiti di bawah Pakatan Perosak Rakyat.
Contohnya bila pengundi Kedah mengundi kerajaan hamPAS Pakatan dan berharap tarif Air tidak naik kerana mungkin kerajaan Bn akan naikkan harga air... ianya hanya kebimbangan kepada kerajaan BN walaupun berbelas tahun Bn tidak naikkan tarif air.. Namun rupanya apabila mereka mengundi Pakatan keadaan masih tidak berubah, masalah tidak juga dapat diselesaikan walaupun janji telah dibuat oleh Pakatan... baru 2 tahun Kerajaan hamPAS perintah.. harga air tetap naik.. walaupun apa alasan yang diberikan, namun hakikatnya kerajaan Pakatan yang dipilih tidak mampu membuat alternatif penyelesaian yang lain.. masih tetap menaikkan harga air.. jadi apa gunanya memilih kerajaan Pakatan yang gagal tunai janji dan langsung tiada alternatif lain dalam menyelesaikan masalah.
Bukan setakat itu.. untuk mencari jalan mudah untuk keluar, mereka menggunakan skrip biasa iaitu salahkan BN sebagai kerajaan terdahulu, dan buat ugutan... apa maknanya ugutan.. nak selesaikan masalah rakyat atau macam ne? walhal dengan ugutan sekalipun harga air tetap naik.. siapa naikkan harga air?.. kerajaan negeri Pas Kedah dan DAP pulau Pinang.. masalah yang dialami rakyat masih tidak selesai..
Itu satu contoh, dan contoh lain ialah Kg Buah Pala.. siapa yang berjanji nak selesaikan masalah mereka.. ANUwar Aljuburi.. ini Anuwarlah!!! Anuwar hampeh!!! tak boleh harap.. lingkup juga Kg Buah Pala, kalau zaman BN sempatlah juga 100 tahun kg Buah Pala bertahan. tetapi bawah kerajaan negeri DAP.. tak sampai setahun.. habis.. botak.. bersih.. gondol... bukan setakat itu, Ketua Menteri siap lari bila pengundi nak jumpa mereka.. pejabat Ketua Menteri kosong yang ada hanya pengawal keselamatan..
Terbaru mengenai rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang telah didiami sejak berpuluh-puluh tahun bakal diroboh, janji-janji manis kerajaan negeri untuk memberi pampasan setimpal pula tidak dikotakan [rujuk sini].
Itu nasib pengundi Pakatan yang ditipu lagi kerajaan negeri, Menurut salah seorang penduduk, Mohamad Idham Zakaria, 48, beberapa hari sebelum bulan Ramadan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan penduduk kampung berjanji untuk menggantikan rumah penduduk terbabit dengan pangsapuri kos sederhana bernilai kira-kira RM75,000 sebuah.
Selain itu katanya, mereka juga akan disediakan rumah transit di dalam kawasan kampung tersebut.
"Bagaimanapun, dua hari lepas semasa mesyuarat dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, kami diberi surat untuk ditandatangani sebagai persetujuan menerima pampasan berupa pangsapuri bertaraf kos rendah yang akan dibina oleh kerajaan negeri.
"Surat tersebut juga tidak memaklumkan mengenai penyediaan rumah transit dalam kampung seperti yang dijanjikan oleh Guan Eng," katanya
Banyak lagi perkara lain yang gagal dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan.. itu tidak termasuk penyelewengan, salah urus, kroni, nepotisme, tidak telus dan sebagainya...
Rakyat kini semakin sedar mereka sebenarnya tertipu dengan janji manis Pakatan Rakyat!!!
Seterusnya ini membukti KERAjaan Pakatan sebenarnya tidak juga mampu menyelesaikan masalah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan