Halaman

Khamis, Oktober 14, 2010

Kegagalan mentadbir Kedah : Menteri Besar PAS didesak letak jawatan

oleh: Tarmizi Md. Jam

Adalah difahamkan bahawa sekumpulan ahli PAS Kedah akan mengadakan demonstrasi pada minggu depan untuk mendesak Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Razak agar meletakkan jawatan.

Kumpulan tersebut menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan kepimpin Azizan yang tidak prihatin akan masalah rakyat, bersikap sambil lewa dalam pentadbiran serta tidak mampu menunaikan 80% dari Manifesto Pilihanraya 2008.

Mereka juga menyatakan ketidakpuasan hati dengan barisan EXCO Kerajaan yang lemah, kurang bijak serta korup.

Mereka yang turut disertai beberapa pemimpin kanan PAS negeri dan kawasan juga dikatakan tidak berpuashati dengan kenaikan tarif air baru-baru ini yang dianggap membebankan rakyat miskin di negeri Jelapang Padi itu.

Keluhan PAS Kedah ini sebenarnya tidak ada yang baru. Malah semua negeri yang berada di bawah pakatan pembangkang sememangnya melalui perkara yang sama.

Adalah diingatkan kepada semua rakyat Malaysia, iaitu apabila memberi undi kepada PAS, seseorang pengundi itu seharusnya sudah bersedia untuk menghadapi hidup seperti rakyat Kelantan.

Negeri Kelantan sengaja dibiarkan Allah berada di bawah PAS agar umat Islam di Malaysia boleh menjadikannya sebagai iktibar dan tidak membuat kesilapan yang sama. Kelantan terus kekal menjadi negeri termundur dari segi pembangunan, ekonomi, sosial dan juga akhlak rakyatnya akibat dari kejahilan kepimpinan PAS.

Kini, akibat dari tidak belajar dan tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Kelantan selama ini, rakyat Kedah pula terpaksa menghadapi masalah yang sama.

Namun begitu, kita cukup maklum bahawa bukan semua rakyat Kedah mengundi PAS kerana sayangkan Azizan, Nik Aziz atau terpedaya dengan imej dan slogan Islam PAS.

Ramai rakyat Kedah mengundi parti itu dalam Pilihanraya yang lepas kerana sudah terlalu muak dengan karenah pemimpin UMNO yang korup serta sombong.

Lalu, mereka menaruh harapan tinggi agar kejatuhan UMNO di Kedah menjadi pengajaran bukan saja kepada UMNO sendiri tetapi juga kepada PAS yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kedah agar tidak membuat kesilapan yang sama.

Namun begitu, semua harapan rakyat Kedah hanya tinggal harapan. Setelah lebih dua tahun memerintah, kepimpinan PAS Kedah ternyata sama saja dengan Kelantan. Selagi namanya PAS, ia tetap lemah, tidak bijak dan tidak berupaya.

Seharusnya, slogan PAS Kedah iaitu “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” harus ditukar saja kepada “Berani undi PAS, berani tanggung akibat”.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Ustaz Azizan adalah Menteri Besar yang menghadapi begitu banyak dugaan. Beliau ditentang dari kiri kanan depan dan belakang oleh UMNO, DAP dan orang-orang PAS sendiri.

UMNO menentangnya kerana ingin mengambil alih pemerintahan dan menebus kekalahan. DAP menentangnya kerana beliau tidak boleh diperkotak-katikkan untuk menjadi barua kaum Cina sepertimana mereka lakukan terhadap Nizar di Perak. PAS pula menentangnya kerana rakus ingin mengambil alih tempatnya.

Ustaz Azizan tidak disenangi oleh ramai ahli-ahli PAS kerana sifatnya yang dikatakan terbuka dan menyamai UMNO. Beliau juga dilihat cenderung bersahabat dengan pemimpin UMNO berbanding PAS/PR dan sering tidak ‘bersetuju angin’ dengan Mahfuz dan juga Anwar Ibrahim yang dianggapnya ‘mengarut’.

Malah, beliau juga bertindak meninggalkan Harakah suatu ketika dahulu akibat tidak setuju dengan pendekatan yang diambil oleh akhbar itu yang suka memfitnah dan berbohong.

Namun, untuk menghadapi cabaran dunia hari ini, sesebuah negeri dan negara itu memerlukan lebih dari ‘seorang pemimpin yang berpendirian’. Untuk memastikan rakyat benar-benar sejahtera dan negeri benar-benar maju, kita memerlukan pemimpin yang bijak dan tegas yang mana tidak ada dalam diri Azizan.

Azizan tidak mampu mencetuskan idea bernas untuk Kedah, tidak mampu menjana ekonomi Kedah, tidak mampu menyelesaikan masalah yang dikatakannya dimulakan oleh kerajaan terdahulu dengan bijak dan segera.

Malah hampir semua masalah tersebut menjadi semakin buruk apabila Azizan membiarkan rakyat Kedah menanggung akibatnya pula. Contohnya, masalah ketiadaan air, penebangan balak yang mengakibatkan banjir, hutang air, sampah dan berbagai-bagai lagi dibiarkan berlarutan dengan alasan bukan dimulakan olehnya dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Lebih buruk bila dia meletakkan beban masalah itu di bahu rakyat sepertimana yang dibuatnya dalam isu kenaikan tariff air.

Azizan sering mengelak untuk memikul masalah di atas bahunya.

Kesemua exconya pula kalau tidak berdengkur, sedang sibuk mengatur strategi untuk menggantikannya. Isteri-isteri exco yang mengalami kejutan budaya menjadi ‘orang penting’ juga tidak kurang hebat menjadi besar kepala dan menunjuk-nunjuk kuasa ke sana ke mari.

Jelas, rakyat Kedah telah berbuat kesilapan. Ternyata benarlah bahawa PAS itu adalah parti kampungan, dan selamanya juga kekampungan PAS tidak boleh dibuang.

Kata orang, kita boleh membawa seorang budak keluar dari kampung, tetapi seringkali kita tidak akan boleh mengeluarkan sifat kekampungan dari dirinya walau di tahap mana pun dia berada. Begitulah halnya dengan pemimpin-pemimpin PAS.

Kini, PAS mendesak agar Azizan turun, siapakah yang mereka inginkan untuk menggantinya? Benarkah pengganti itu akan lebih baik dari Azizan?

Apa yang pasti, selagi PAS bermursyidkan orang tua nyanyuk, selagi itulah apa yang dibuat oleh PAS tidak akan berkat. Selagi PAS menentang perpaduan ummah, selagi itulah menyokong PAS adalah satu perbuatan yang salah.

2 ulasan:

  1. Fuh tabik spring Tuan punya artikel baguih!!! Balun jgn tak balun.
    PAS = Penipu, Angguk jer, Sesat

    BalasPadam
  2. Moga ALLAH ampun kan dosa kamu. jangan la fitnah. berdosa besar tu.

    BalasPadam