Halaman

Rabu, Oktober 27, 2010

Keropok cap bulan untuk pancing undi orang Asli

Setelah kematian bekas Adun Galas,Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjanji untuk mengambil orang asli menjadi calon PAS di Galas.

Ketika itu kempen secara sederhana dari rumah ke rumah orang asli begitu giat dijalankan kononnya kesediaan PAS untuk mengambil orang asli menjadi calon mereka.

Namun seperti biasa ,bagaikan semudah makan kacang,pembohongan dan manipulasi menjadi kebiasaan buat khawarij yang punyai ciri ciri munafik untuk mungkir dan membelakangkan semangat orang asli di sekitar Gua Musang apabila mencalonkan Dr Zulkifli sebagai calon mereka.


Pisau berkesempatan ke Lojing bertemu dengan seorang tua dalam lingkungan 60an ,sambil berbual katanya 'kita ini siapa untuk PAS ambil jadi wakil politik,orang tok guru beri keropok ikan dan biskut untuk kami sokong,janji macam macam tapi orang lain yang jadi calon' getus Andak Aji sambil mencemik muka.

Inilah khawarij PAS,Galas menyaksikan perang keropok bermodalkan gambar menteri besar dan presiden parti untuk dijadikan modal menagih undi.

Melalui tinjauan terbaru berdasarkan maklumat sokongan pengundi orang asli terhadap PAS merudum secara mendadak apabila beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan ditambah dengan janji untuk menjadikan orang asli menjadi calon tidak tertunai.


Sentimen yang masih marahkan PAS masih kuat di Hau,Lojing,Balar,Bihau dan Sungai Ber dan Belatim sudah ada ura ura mereka tidak akan memberi undi kepada PAS kerana sejarah turut membuktikan bahawa khawarij PAS pernah merobohkan gereja orang asli dan merampas tanah oleh kerajaan negeri.


Menurut sumber Pisau sokongan orang asli terhadap BN meningkat lebih 15% berdasarkan undi 2008. Berdasarkan fakta tersebut ini menjadi indikator bahawa sebenarnya orang asli benar benar memberi sokongan kepada BN dan Ku Li.


Pisau kata " agak agak la kalau nak bagi keropok pun,semua dah expired,kesian Andak Aji"


Sumber : Pisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan