Perang psikologi atau perang saraf ialah satu tindakan yang dirancang kumpulan tertentu untuk mencapat matlamat tertentu dengan mempengaruhi hati dan jiwa pihak tertentu..
Itulah adalah tafsiran umum mengenai Perang Saraf atau perang Psikologi.. istilah ini kini sangat glamour khasnya dalam perkembangan politik semasa.. apatahlagi dengan perkembangan media terkini dan teknologi.. segala pembohongan dan fitnah sangat mudah disebarkan... apatah lagi dengan strategi Jozef Goebbels, Menteri Propaganda Nazi yang menyatakan pembohongan yang berterusan dan berulang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat..
Bagi zaman moden.. cara yang dibuat Pakatan Rakyat menggunakan Perang Psikologi ini sama dengan Perang Psikologi yang digunakan Yahudi terhadap Palestin... dengan menggunakan dan mengawal media..memanipulasi fakta dan memilih maklumat tertentu sahaja untuk dihidangkan kepada kumpulan sasaran tertentu ...
Bagaimana nak mengetahui perang Psikologi [klik sini]...
Apabila perang yang dilancarkan adalah perang psikologi yang memakan seperti api di dalam sekam yang hanya dilihat adalah suatu campuran corak seperti sebuah kolaj. Kolaj itulah yang perlu dibaca supaya dapat diterangkan maknanya.
Antara tanda-tanda pertama dalam langkah-langkah penjajahan melalui perang psikologi adalah mempengaruhi pemikiran penduduk sesebuah negara bahawa kehidupan mereka sedang diganggu bibit kecelaruan, ketidakteraturan dan keganasan di dalam negara.
Matlamat serta merta perancang itu pada peringkat ini ialah supaya pemerintah sedia ada akan dilihat sebagai tidak berupaya menyusun dan mengatur masyarakat, mengurus khazanahnya dan menyediakan keadaan yang selamat untuk penduduknya. Hari demi hari, rasa tidak selamat itu terus dipertingkatkan keupayaan suaranya.
Peringkat kedua adalah pihak yang melancarkan perang psikologi itu akan menambah satu lagi tekanan iaitu melemahkan keupayaan kuasa mengawal pemerintah yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyatnya untuk memerintah. Segala kebaikan yang dibuat oleh pemerintah hendaklah ditenggelami dengan kebanjiran hal-hal keburukan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, tidak menunaikan janji dan apa sahaja yang boleh menjadikan pemerintah yang dipilih itu ‘kebuluran’ kepercayaan.
Cara begini akan mengalihkan tenaga, sumber dana dan kebijaksanaan pemerintah daripada program memajukan rakyat yang bakal membahagiakan mereka kepada menumpukan usaha mengurus persepsi.
Peringkat ketiga, sesudah rakyat merasa tidak selamat, satu lagi tekanan dikenakan iaitu mencabar status quo institusi yang mengatur rakyat dan pemerintah iaitu Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Pihak tersebut akan mengusahakan supaya institusi-institusi itu dan penjaga-penjaganya dilihat sebagai tidak lagi mempunyai kredibiliti yang menjamin negara berada dalam satu sistem yang teratur. Justeru, proses politik dan perundangan sedia ada tidak diberi kerjasama. Ini dilakukan bagi mengemukakan hujah bahawa pemerintah sedia ada tidak mempunyai legitimasi memerintah kerana institusi dan jenteranya tidak mempunyai kredibiliti.
Kesannya, anggota jentera institusi-institusi itu turut mengambil pendekatan populis dan menjadi sangat takut dilihat memihak pemerintah walaupun dalam keadaan yang legitimasinya cukup jelas.
Peringkat keempat, perancang perang psikologi ini akan menyemaikan rasa takut bertindak kepada setiap anggota pasukan keamanan.
Polis akan takut bertindak terhadap penjenayah, manakala tentera akan takut kehilangan nyawa di medan perang. Ini sangat kritikal iaitu apabila berlaku pemberontakan dalam negara, polis tidak akan dapat mengawalnya dan apabila ada serangan dari luar, tentera tidak akan melawan.
Peringkat kelima, pihak terbabit akan membuat provokasi terhadap pemerintah supaya pemerintah bertindak balas dengan keras. Apabila tindakan keras diambil, pasukan keselamatan enggan mempertahankannya, institusi yang lemah dan jentera institusi yang tidak lagi memihak pemerintah menjurus kepada satu keadaan anarki. Ketika itulah propaganda besar-besaran akan dilancarkan supaya kuasa alternatif dicari dan diberi kuasa.
Demikianlah yang telah terjadi sejak zaman berzaman dalam sejarah pengambilalihan sesebuah negara, masyarakat dan institusi iaitu melalui operasi perang psikologi. Ia sebenarnya telah berulang kali berlaku di mana-mana. Oleh kerana ia berlaku dengan sangat beransur-ansur dan secara tidak dirasai oleh rakyat, maka banyak kuasa dan kerajaan jatuh kerananya.
Apa yang disebutkan ini hanyalah suatu panduan umum atau tips untuk rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya supaya beringat. Sama ada tanda-tanda itu telah ada di Malaysia, ia bukanlah isu yang hendak didebatkan.
Namun, jika ada yang terfikir bahawa mungkin telah ada tanda-tanda demikian di dalam negara tercinta ini, elok juga perlahan-lahan kita menyemak iaitu sudah berada di peringkat mana? Setiap rakyat Malaysia yang telah baligh wajar mempunyai panduan untuk mempertahankan negara yang dicintainya agar kedaulatan negara tidak diserahkan kepada orang lain.
Bukankah sudah lama, guru-guru di sekolah memberitahu bahawa sayangkan watan itu sebahagian daripada iman.
Semuanya ada berkaitan dengan PR.
BalasPadamBangun Rakyat Malaysia,Tentang PR habis2an....
"blogenstarz"
PR hanya tahu merosakkan bangsa.. tiada sebarang sumbangan yang mereka tunjukkan dalam membangunkan negara.. yang mereka tahu hanyalah timbulkan kecelaruan terhadap rakyat..
BalasPadammohon paste ke blog saya ye..
mamat ni hanya layak buka kilang kunyit
BalasPadam