Halaman

Khamis, November 04, 2010

Hujan, bulan tak sempat mengambang malam akhir kempen!!!

Hujan yang membasahi bumi Galas sejak jam 8.00 malam menyebabkan ceramah terakhir yang dirancang pembangkang hancur.
Sudahlah hujan, jalan di sekitar bandar Gua Musang sudah mula sesak dengan kenderaan, sudahnya tempat-tempat ceramah pembangkang lenggang.
Di Markas Besar PAS Galas ada pemimpin utamanya berceramah, tapi kerana tempat berbumbung sempit dan keadaan basah, maka tidak ramai yang hadir.

Kalau adapun, kebanyakkannya para jentera parti itu sendiri, bukannya pengundi.
Begitu juga dengan ceramah pemimpin PKR, Tian Chua di Kampung Bharu, tempat di padang memang lah kosong, sudahnya pindah ke sebuah kedai makan dan berceramah sesama sendiri.
Itu pembangkang, BN pulak kerana strateginya hanya tumpu ceramah kelompok, maka memanglah tidak ramai pendengar.
Maka di malam akhir ini, bertambah tidak ramai sebab hujan, jadi harapan untuk pulun last minute tidak kesampaian kali ini di Galas.
Hujan hanya berhenti 15 minit sebelum jam 12.00 malam, tempoh berkempen secara rasminya tamat. 

Sumber: Agenda daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan