Halaman

Isnin, Disember 06, 2010

Najib : amalan nepotisme dan kronisme dalam Pakatan lebih teruk

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan pembangkang sebagai pakatan nepotisme memandangkan kepimpinannya yang dibarisi suami, isteri, bapa dan anak-anak.

Ianya sangat jelas apabila keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menyaksikan ketua umum, presiden dan naib presidennya datang daripada sebuah keluarga... Azizah, Anwar dan Nurul Izzah..

Bukan setakat itu, timbalan presiden PKR ada hubungan istimewa dengan ketua umum PKR.., semua dan tahu dari projek berjuta-juta semasa ANwar jadi Menteri Kewangan dan sehinggalah sekarang..

Kata Najib
''Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya ingin bertanya siapa pengamal nepotisme yang sebenar di sini?"

Selain itu, Najib juga sindir Azizah yang dianggapnya sebagai Presiden Tunggul.. '
Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap 'ke..he..ba..tan' suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadis mana pendapat itu dibuat.

''Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga pernyataan begini sanggup dikeluarkan. Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat, satu lagi ajaran songsang?

Inilah akibatnya.. bila bercakap tapi tak tengok diri sendiri... sedangkan PKR, DAp dan Pas juga mengamalkan kronisme dan nepotisme lebih teruk daripada UMNO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan