Halaman

Khamis, Disember 09, 2010

Sultan Johor bidas Pakatan


Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!

Ini yang mungkin membezakan DYMM Sultan Johor dengan beberapa Sultan yang lain.. baginda seorang yang sangat berterus dan berani membuat teguran dan sangat jelas tentang pendirian baginda... cara orang Johor...

Tuanku Sultan Johor semalam membidas pihak yang masih mempertikaikan ketuanan Melayu khasnya yang sengaja memutarbelitkan makna ketuanan Melayu.. apatah lagi memesongkan makna ketuanan Melayu iaitu tuan dan hamba [sini]...

Titah Tuanku merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim “Perkara ketuanan Melayu saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar.

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,”

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

Bukan itu sahaja Tuanku Sultan Johor menjelaskan kenapa perlu dipanggil Kedaulatan Melayu secara fakta sejarahnya.

“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.

Ini adalah teguran pedas Tuanku Sultan Johor kepada pihak yang sengaja mempermainkan sentimen Ketuanan Melayu demi untuk meraih undi bukan Demi dengan menjual dan memperdagang bangsa Melayu.

Perlu jelas.. apa yang disebut bukanlah fakta politik yang direka semata-mata untuk UMNO dan sebagainya.. tetapi ianya adalah untuk Melayu yang sebelum adanya UMNO, PAS dan PKR..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan