Halaman

Rabu, November 03, 2010

Hari akhir kempen - BN berjaya tembusi kubu PAS Sg Terah

Bila sebut Sungai Terah, orang Gua Musang tahu itu memang kubu kuat PAS. Allahyarham Chek Hashim Sulaima, orang kampong Kerinting, kebetulan bersebelahan dengan Sungai Terah.

Dalam pilihanraya umum (PRU) 2008, PAS menang semua peti undi di situ dengan majoriti besar.

Peti undi saluran satu di Sk. Tengku Muhammad Fakry dari 301 pengundi, PAS dapat 215, manakala BN hanya 78. Jangan sebut saluran lain sebab memang BN kalah teruk di Sungai Terah.

Tapi ‘angin perubahan’ sudah mula kelihatan, calon BN Abdul Aziz Yusoff diterima baik di situ.

Ini kerana, semasa berkerja dengan KESEDAR, Abdul Aziz memang ditugaskan di kubu kuat PAS itu, jadi beliau tahu dan kenal orang-orang di situ.

Baru-baru ini, selepas bersolat subuh di Sungai Terah, imam yang memang kuat PAS itu boleh suruh calon BN memberi ‘sepatah dua’ kata.

Sungai Terah dijaga oleh UMNO Jeli pimpinan Datuk Seri Mustapa Mohammed, khabarnya sudah bertukar status dari ‘hitam’ ke ‘kelabu’.

“Kena kerja kuat sikit lagi, insyallah kita menang ataupun undi BN akan naik di sini,” kata seorang petugas yang jaga peti undi di situ.

Sumber : Agenda daily

Nurul Izzah sahkan Anwar masih 'POWER'


Papa saya memang power!!! Kata Nurul Izzah ketika ditanya mengenai Anwar patut berundur dalam politik..
"Jika bertanyakan kepada saya kekuatan papa, saya pastinya akan mengeluarkan komen memihak kerana ada kaitan hubungan kekeluargaan namun harus diakui stamina ayah bukan sahaja mengalahkan saya tetapi hampir kesemua pimpinan yang ada.
Jadi dakwaan Anwar lemah tenaga batin, tidak power, sakit tulang belakang, dah tua, tak cukup stamina [klik sini dan sini].. semuanya tidak betul betul.. ini yang dinafikan Nurul Izzah.

Sebab dulu ada yang mempertikaikan ketika isu Liwat Anwar - Saiful Bukhari yang mengatakan Anwar dah tua, mana larat nak liwat.. tetapi hari ni perkara lemah tenaga Anwar ini disangkal oleh anaknya sendiri yang tahu sejauh mana stamina bapa beliau [klik sini]..

Bukti PAS mempermainkan hukum Allah


KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.
Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.
baca seterusnya di sini 
Inilah sebenarnya perangai PAS yang mempergunakan agama untuk agenda politik sempit mereka, bukan sekali tetapi berkali-kali PAS mempergunakan agama, menjual ayat Allah dan menghina hukum Allah..

Siapa dia Muhamad Zain untuk mengeluarkan hukum.. apakah nas dan dalil yang digunakan... Apakah Kawaid Fiqhiah yang digunakan..

Adakah patut demi DAP dan PKR, PAS mempermainkan hukum Allah.. siapa DAP dan PKR dari kacamata Islam.. apakah dasar parti tersebut.. di manakah letaknya Islam di dalam parti tersebut... tak de..

Siapa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Karpal Singh, Tony Pua, Elizabeth Wong, Tian Chua.. sehingga PAS sanggup gunakan Islam untuk mempertahankan mereka ini...

Kepada pemimpin PAS yang suka mempergunakan Ayat Allah wajar bertaubat..

Islam ialah agama dan bukanlah parti politik.. Apatah lagi parti politik yang telah terpesong dari perjuangan Islam bersekongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

Bila rakyat nak jumpa, kerajaan DAP cabut!!!

PULAU PINANG 2 Nov. - Hasrat Pemuda UMNO mahu menyerahkan kembali 'wang judi' kerajaan negeri yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu, tidak kesampaian kerana pelbagai kerenah ditetapkan untuk tujuan itu.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, selain tiada wakil kerajaan negeri yang mahu menerima wang tersebut, mereka juga diminta menyerahkan wang tersebut kepada pejabat-pejabat daerah yang terlibat.

"Kami juga diminta mengisi borang tertentu bagi memudahkan proses penyerahan itu pada masa akan datang," katanya selepas berjumpa dengan wakil kerajaan negeri di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, RM30,000 telah diserahkan oleh warga emas dan fakir miskin kepada UMNO negeri kerana mereka tidak mahu menerima sumbangan yang datang daripada sumber judi.

Terdahulu, suasana semasa proses hendak memulangkan wang tersebut juga tegang apabila 'sesi rundingan' antara Norman dengan dua wakil kerajaan DAP Pulau Pinang berlaku pertengkaran.

Dua wakil kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlibat masing-masing merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri (TKM) I, Datuk Mansor Othman dan TKM II, P. Ramasamy iaitu Rezal Huzairi dan M. Satees.

Malah, Norman turut mengalami kesukaran memasuki kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light di sini.

Namun setelah meminta beberapa kali kepada wakil kerajaan DAP Pulau Pinang, beliau akhirnya dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menyerahkan wang yang dipulangkan warga emas dan fakir miskin itu tidak dihiraukan kerana didakwa tidak mengikut prosedur yang betul.

Norman menyifatkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering melaungkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya hanya pemegang amanah kepada duit ini, jadi hari ini saya mewakili mereka mahu memulangkannya kepada kerajaan negeri, tetapi mereka tak nak terima pula.

"Sebelum ini mereka selalu sangat tanya bila kita nak serahkan duit ini tetapi apabila kita hendak beri balik, mereka tak mahu pula, macam-macam pula kerenah mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau bercadang meminta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan DAP Pulau Pinang apabila DUN bersidang semula minggu depan.