Halaman

Khamis, November 04, 2010

Terkini: BN dahului 1,069 undi di Galas, dan 5257 di Batu Sapi

Keputusan tak rasmi, BN dahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS mendapat 4,108 undi berbanding BN sebanyak 5,177 undi.

Sumber: Malaysiakini

Keputusan tak rasmi Batu Sapi:

BN :8538
PKR : 3281
SAPP : 2008
Majoriti : 5257

Tidak termasuk udni pos 1367

Penipuan Malaysiakini : Bila periksa Daftar undi dikatakan ambil wang



Gambar atas di ambil di malaysiakini, tak nampak ramai punn... budak harakah daily, menggunakan duitnya sendiri dan masukan dalam sampul kemudian dia kata duit tu umno yang bagi.. cilako betul.
mana ada bukti UMNO serah duit pada pengundi... 
kalau benar di atas, sila tunjukkan muka penerima tersebut.. 


Inilah barua upahan nik ajis, salhan k. ahmad, wartawan upahan malaysiakini.
Berapa banyak PAS bayar upah untuk wartawan Malaysiakini?
Jika kickdefella diberi 4 juta untuk pertahankan PAS.. pasti budak uapahan ni dapat berjuta-juta..
apatah lagi kerajaan PAS Kelantan dapat RM 4 bilion baru-baru ni.


Malaysiakini di angkat menjadi barua nik ajis, tengah hari tadi malaysiakini melaporkan melalui wartawannya salhan k ahmad, telah menipu seluruh rakyat malaysia kononnya orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250. apa buktinya? kami blogger seramai 10 orang ada di sini, tidak ada sebarang kekecohan pun. ini adalah gambar yang kami ambil pada jam 1 petang tadi, nampak sangat malaysiakini mempunyi niat jahat terhadap umno/bn.

Inilah gambar di bilik gerakan bn bukit cekati jam 1 tengah hari tadi...
Hanya yang ada ialah orang yang datang nak memeriksa daftar pemilih supaya mereka tidak bersesak-sesak di tempat mengundi, dalam gambar yang dikeluarkan oleh malaysiakini pun tak nampak pun ratusan yang beratur. jijik betul perangai barua ni ajis ni... 

Panas - Jumlah keluar mengundi di Peti Undi Orang Asli naik 30%!!!

Adakah betul jumlah ini..

Jumlah keluar mengundi di peti undi orang Asli naik 30%.. cuba lihat peratusan yang diberi oleh blogger Pisau di bawah:

peti undi lojing 84.82%

peti undi ber 89.78%

belatim 81.88%

peti undi balar 87.93%

peti undi bihai 86.33%

peti undi hau 88.19%

dan cuba lihat rajah di bawah :



Data di atas hanyalah anggaran semata-mata berdasarkan peratus yang diberikan...

Kita mengetahui pada Pilihanraya Umum yang lalu BN mendapat 66 peratus sokongan dari orang Asli di kawasan ni...

Harap-harap ini petanda baik buat BN.. kerana kita mengetahui banyak masalah orang asli yang PAS gagal selesaikan..

Mungkin ini petunjuka orang Asli keluar beramai-ramai untuk mengajar PAS yang telah memperalatkan dan menipu mereka.

Hujan, bulan tak sempat mengambang malam akhir kempen!!!

Hujan yang membasahi bumi Galas sejak jam 8.00 malam menyebabkan ceramah terakhir yang dirancang pembangkang hancur.
Sudahlah hujan, jalan di sekitar bandar Gua Musang sudah mula sesak dengan kenderaan, sudahnya tempat-tempat ceramah pembangkang lenggang.
Di Markas Besar PAS Galas ada pemimpin utamanya berceramah, tapi kerana tempat berbumbung sempit dan keadaan basah, maka tidak ramai yang hadir.

Kalau adapun, kebanyakkannya para jentera parti itu sendiri, bukannya pengundi.
Begitu juga dengan ceramah pemimpin PKR, Tian Chua di Kampung Bharu, tempat di padang memang lah kosong, sudahnya pindah ke sebuah kedai makan dan berceramah sesama sendiri.
Itu pembangkang, BN pulak kerana strateginya hanya tumpu ceramah kelompok, maka memanglah tidak ramai pendengar.
Maka di malam akhir ini, bertambah tidak ramai sebab hujan, jadi harapan untuk pulun last minute tidak kesampaian kali ini di Galas.
Hujan hanya berhenti 15 minit sebelum jam 12.00 malam, tempoh berkempen secara rasminya tamat. 

Sumber: Agenda daily