Halaman

Isnin, Disember 06, 2010

Selamat bersara Samy Vellu.. selamat datang G Palanivel

Akhirnya DS S Samy Vellu, Presiden MIC yang telah menyandang jawatan tersebut hampir 31 tahun te;ah meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menyerahkan kepada Datuk G.Palanivel selaku timbalan beliau dalam MIC.

Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pula diumumkan sebagai Timbalan Presiden parti.

Pengumuman ini dibuat selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti buat kali terakhir di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Samy Vellu selaku pemimpin lama ini yang banyak mewarnai politik negara...

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga timbullah NGO GAS.. gerakan anti Samy yang menuntut beliau supaya letak jawatan..

Ramai yanag akan mengingatinya.. kerana banyak cerita mengenai beliau [klik sini].. dan cerita-cerita ini sangat popular di kalangan rakyat negara ini..

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai".. ketika itu Tun Mahathir masih menjadi PM.. Samy Vellu cakap kepada PM.. YAB PM.. ini pos tersangat laju.. kerana hari ini pos, semalam sampai... yang dimaksudkan beliau ialah satu malam..

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade (dadah)"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare (darah)"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Banyak lagi cerita-cerita lain tentang beliau..

Sekarang sudah selesai masa untuk politiking.. sekarang masa untuk membuat kerja.. dan berusaha mengembalikan sokongan yang hilang pada PRU ke-12 yang lalu..

Selamat menyambut tahun 1432h

Kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Selamat Tahun Baru Hijriah 1432h.

Tanamkan azam baru untuk menjadi Khairul Ummah pada masa akan datang...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumlah Peserta demo : Siapakah juara penipu?

Cuba lihat angka-angka kehadiran pserta Demo anjuran Pakatan Haram jadah... yang menyusahkan rakyat... bezakan!!!..


... Harakah dengan anggaran 15,000 jumlah peserta demonstrasi air di Masjid Negara ... kah kah kah


Mengalahkan Utusan dengan anggaran 2,500

Sun dengan 4,200 orang.


Bernama dengan 4.350 campur penuntut2.


AFP 5,000 orang.
The Malay Mail 2,500 - 3,000 orang.

Agendadaily sebanyak 2,000


Pro Pembangkang First Malaysia Today hanya 2,000


mStar berbeza dengan Star pada 2,000.


Hadiah istimewa kepada Malaysiakini yang melaporkan sebagai ribuan ...



Baca juga RBF sini berkenaan penipuan laporan pembangkang.

Syabas Kelantan kerana menjadi juara HIV

Tak sangka negeri yang dipegang Tok Guru, hebat berserban.. dan berjanggut panjang.. menjadi juara HIV...

Bukan nak mempersenda Islam.. tetapi dengan hanya gambar luaran yang nampak Islam tapi tidak diikuti dengan pelaksanaan Islam.. inilah akibatnya..

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.
“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

“Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.
Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

“Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

“Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan

Sumber; Berita Harian

Najib : amalan nepotisme dan kronisme dalam Pakatan lebih teruk

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan pembangkang sebagai pakatan nepotisme memandangkan kepimpinannya yang dibarisi suami, isteri, bapa dan anak-anak.

Ianya sangat jelas apabila keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menyaksikan ketua umum, presiden dan naib presidennya datang daripada sebuah keluarga... Azizah, Anwar dan Nurul Izzah..

Bukan setakat itu, timbalan presiden PKR ada hubungan istimewa dengan ketua umum PKR.., semua dan tahu dari projek berjuta-juta semasa ANwar jadi Menteri Kewangan dan sehinggalah sekarang..

Kata Najib
''Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya ingin bertanya siapa pengamal nepotisme yang sebenar di sini?"

Selain itu, Najib juga sindir Azizah yang dianggapnya sebagai Presiden Tunggul.. '
Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap 'ke..he..ba..tan' suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadis mana pendapat itu dibuat.

''Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga pernyataan begini sanggup dikeluarkan. Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat, satu lagi ajaran songsang?

Inilah akibatnya.. bila bercakap tapi tak tengok diri sendiri... sedangkan PKR, DAp dan Pas juga mengamalkan kronisme dan nepotisme lebih teruk daripada UMNO..