PERMOHONAN MAAF GAP KEPADA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.
sejak 2 september 1998 atau lebih tepat hari anwar dipecat aku sudah berada dalam kem reformasi atau sebut ADIL. kemudiannya ia beralih kepada penubuhan parti keadilan nasional dan akhirn sekali pkr.
anak muda dan darah muda. gelojak amarah aku mula berpihak kepada anwar sejak dia dipecat.
2 september 1998 hari bermulanya sokongan tidak berbelah bahagi aku kepada anwar. banyak foto yang aku simpan, insyaallah tiba masanya akan aku keluarkan satu persatu.
foto yang melibatkan penglibatan aku (dan rakan) berjuang jiwa dan raga demi untuk perjuangan anwar.
asalnya dulu, aku pelajar yang cukup pro kepada dr mahathir. pada zaman belajar dahulu, setiap ucaptama dr mahathir akan aku simpan sebagai koleksi bacaan.
namun dek kerana darah muda pemecatan anwar membuatkan aku sedikit keliru.
aku dihasut untuk menyertai perjuangan anwar hanya berlandaskan kepada satu kaset sahaja, kaset yang disebarkan di seluruh pelosok tanahair yang merakamkan perbualan pemecatan anwar ibrahim sewaktu mesyuarat MT yang terakhir.
kerana aku bekerja shif, maka aku mampu memberikan hampir 70% masa,tenaga,wang ringgit demi untuk perjuangan anwar.
fanatiknya politik taksub kepada anwar hingga ke tahap karier kerja pun sanggup kami jadikan taruhan.
tanya pada kami, apa yang kami tak sanggup buat demi anwar ibrahim ? segalanya aku sanggup offer demi reformasi, demi anwar ibrahim.
demonstrasi,arsenik,konvoi kamunting,kesas highway, prk lunas,indera kayangan,ijok, pilihanraya sarawak (tahun 2002) yang ada diantara kami hampir ditetak dengan pedang samurai oleh puak BN,kongres,demo, ceramah,bawak karung kutip duit ceramah,jadi MC ceramah, jadi tukang jaga jalan masa ceramah,beli cd ceramah untuk diedarkan kepada rakan,kereta bertampal logo justice 4 all hatta tampal satu persatu sticker anwar sakit kat tiang lampu pun kami buat.
fanatik tahap melampau. semuanya kerana dah ditarbiyah oleh semangat anwarisme.
dulu, bagi kami dr mahathir adalah manusia yang paling tidak demokratik dan kejam. biarlah aku menulis jujur kali ini. jujur yang paling jujur. bukan nak mendedahkan aib atau kelemahan, sekadar nak bagitahu rakyat betapa silapnya aku membuang masa hampir belasan tahun menyokong perjuangan anwar yang akhirnya terbukti palsu.
MANA DATANGNYA NAMA 'GERAKAN ANTI PKR' ?
nama ini dah wujud sejak 2004 sewaktu raja petra melupuskan web FAC (free anwar campaign) dan mewujudkan laman barunya malaysia today.
aku tukang komen paling tegar dalam malaysia today, bersama-sama dengan rakan bloger mat saman kati (dulu anwarista sekarang dah tarik hand brake).
waktu itu aku pakai nama gerakan anti pas, aka GAP. pasal aku benci dengan perangai hipokrit pas.
aku sokong anwar kerana projektori imejnya yang islamik dan pro melayu. ini asal asas semangat anwarista aku.
dr mahathir digambarkan sebagai pemimpin zalim. pelbagai fitnah dan gelaran kami beri kepada tun mahahir dalam semua web pembangkang yang wujud ketika itu, terutamanya web malaysia today.
anwar melontarkan ide dan benih fitnah kepada kami. di sini terletaknya daya usaha kami untuk spin dan burukkan pimpinan dr mahathir.
mesej dan propaganda yang anwar sampaikan kepada kami, kami telan hidup-hidup. tanpa ada rasa terdetik untuk berfikir apatahlagi untuk argue (persoalkan) fakta yang dibentang.
proses politik yang berat sebelah ini (one sided) telah berjaya melahirkan gerombolan anak muda yang condong kepada fahaman anwarista.
buktinya, pada tahun 1999 atau lebih tepat semasa pilihanraya telah wujud hampir 650 ribu pengundi baru yang muncul selepas pasca reformasi.
nasib baik lah daftar pemilih baru ini tidak sempat digazetkan, jika tidak berkemungkinan kerajaan umno/bn sudah tumbang pada pilihanraya 1999 !
masa berlalu. harapan kami hancur luluh selepas tewas teruk pada pilihanraya 2004.
pkr tinggal sebatang kera, sebatang kara di parlimen. wan azizah wakil tunggal pkr di parlimen manakala dominic ng menjadi calon tunggal pkr untuk dun padungan di sawarak.
arakian teruk kena dengan BN sekalipun, semangat perjuangan kami tak pernah padam. lesu tak menghalang kami untuk terus bergerak. moral down tiada dalam istilah kamus kami.
kerana kami mengharapkan tatkala anwar bebas, maka kegemilangan politik pkr akan bersinar semula.
anwar bebas dari penjara namun selama 2 tahun pasca dia bebas, anwar langsung tidak melakukan apa-apa.
apa anwar tak menghargaikah perjuangan orang yang di luar penjara, bisik hati kami.
anwar telah mengecewakan hampir separuh penggerak reformasi selepas dia keluar dari penjara.
expectation (jangkaan) kami adalah mengharapkan agar selepas pulang dari munich, anwar akan memacu semula momentum semangat petang 10 september di dataran merdeka.
enjin movement politik aku mulai kendur.
hilangnya anwar rupanya punyai maksud. dia memasang strategi politik baru.
politik lama anwar yang dia perjuangkan iaitu pertahan hak islam dan pro melayu sudah dibuang ke longkang. anwar yang nampak pada hari itu adalah anwar yang baru.
baru kerana anwar menyokong pemurtadan lina joy ! di sini bermulanya renggang politik aku dengan pkr.
apa sudah jadi dengan anwar ? dulu dialah pejuang islam sekarang tidak lagi.
stage kedua aku putuskan hubungan sama sekali dengan pkr apabila peristiwa padang chetty klang berlaku.
apa dia peristiwa padang chetty klang ? peristiwa dimana anwar hadir di hari perarakan kumpulan hindraf yang menyambut gembira pembebasan 'salah tapi bebas' mahkamah sesyen klang terhadap 6 puaka hindraf.
saat itu di mata aku anwar sudah lari dari perjuangannya.
anwar bukan lagi ultra melayu.
anwar bukan lagi bekas presiden abim yang hebat.
anwar bukan lagi bekas timbalan presiden umno.
saat itu aku melihat anwar sebagai penyundal agama dan bangsa.
sungguh sia-sia perjuangan aku mendokong reformasi.
kalau orang macam aku yang 12 tahun menyokong anwar, tanpa dia kenal siapa aku pun boleh merasa kesal cuba kamu bayangkan pula apa perasaan dr mahathir yang puluhan tahun 'menatang minyak yang penuh' terhadap anwar.
keputusan pilihanraya 2008, akhirnya telah menyedarkan aku bahawasanya dr mahathir adalah betul.
anwar ibrahim adalah puaka politik bangsa. lahanat dap menang kerana anwar ibrahim. janji puaka bangsa ini yang menyebabkan cina dap menyokong agenda politik baru anwar ibrahim.
waktu itu aku dah mengaku silap. aku jugak yakin anak muda yang seangkatan dengan aku pada zaman reformasi pun berfikiran yang sama.
flow dan perjalanan sejarah puaka pakatan anda telah ketahui.
anwar dipecat antara sebabnya adalah kerana masalah moral .
anwar dipecat kerana masalah moral.
anwar dipecat kerana masalah moral.
sebab anwar dipecat adalah kerana masalah moral.
masa hari anwar dipecat, aku kata dr mahathir telah melakukan fitnah. tapi hari ini...semua tindakan dr mahathir satu persatu ditunjukkan kebenarannya.
khianat bangsa.
khianat agama.
khianat negara.
masa anwar dipecat dr mahathir kata anwar ada masalah moral. kata dr mahathir dia(anwar) telah melanggan pelacor.
2 september 1998 aku langsung tak percaya..tetapi hari ini ia telah dipertontonkan di depan mata.
ianya mengambil masa hampir 13 tahun untuk rakyat mengetahui kebenaran cerita dr mahathir.
aku kini menjadi penulis blog sepenuh masa, nama blog ini gerakan anti pkr.
gerakan anti pkr wujud selepas pilihanraya 2008. wujud kerana anwar menyokong lina joy murtad. wujud kerana anwar menyundalkan hak agama dan bangsa lalu diperjudikan nasibnya oleh anwar ibrahim.
3 minggu lepas video seks anwar keluar. hari ini full version klip video itu sudah tersebar.
walaupun nama blog ini gerakan anti pkr, namun bagi aku ia masih kosong dan terasa kekurangan.
aku sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan aku sepanjang berada dalam kem anwar. maka cara menebus kesilapan ini adalah dengan mewujudkan blog GAP.
alhamdulillah blog ini sudah berada di tahap yang sewajarnya sepertimana yang aku kehendaki namun satu perkara lagi masih tertinggal.
aku sudah banyak kali bertembung secara fizikal dengan tun dr mahathir. namun atas dasar keterbatasan dan faktor keselamatan tun, maka agak sukar untuk orang kebanyakan macam aku mendekati tun dr mahathir.
hari ini hari jumaat.
aku tak tahu bila lagi aku berpeluang untuk berjumpa secara dekat tun dr mahathir.
apa pun sebagai anak muda, aku wajib bercakap jujur dalam hidup. sepanjang kesilapan 13 tahun dalam pkr banyak perkataan kurang enak telah aku lemparkan kepada tun dr mahathir.aku telah silap dan aku harus mengakui kesilapan lama aku.
BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.
saya, dengan nama pena blog gerakan anti pkr menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf di atas kebiadapan saya melabel ayahanda tun dr mahathir dan keluarga sewaktu saya berada dalam pkr.( selama 12 tahun).
maaf kan saya . ayahanda tun ,segala cerita ayahanda mengenai anwar ibrahim akhirnya telah dipertontonkan oleh ALLAH SWT akan kebenarannya.
maaf kan saya. dosa saya selama ini cukup banyak kepada ayahanda tun.penyesalan ini luar biasa dalamnya.penyesalan ini takkan bisa padam selagi saya tak dapat cium tangan ayahanda tun dan melafazkan permohonan jutaan ampun dan maaf.tolonglah maafkan kesilapan saya wahai ayahanda tun..
dengan perasaan rendah diri, sudilah kiranya ayahanda tun memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya. sekali lagi ayahanda tun..maafkan saya.wasalam.
101 comments:
- Syabasss bro gap... Perjuangan yang belum selesai.
- sayu..
- Sama2 kita benamkan pengkhianat bangsa, agama & negara ke lautan paling dalam. Dulu gua sama, memegang amanat.. KALAU TAKUT DENGAN RISIKO, USAHA BICARA SOAL PERJUANGAN... Tapi kini semakin terbuka hijab oleh ALLAH perjuangan PKR adalah perjuangan bertopengkan syaitan..
- syabas GAP
- BILA AKU BACA SAMPAI AKHIR SEKALI AKU PUN KELUAR AIR MATA, BAGUS LA ENGKAU DAH INSAF
- saya pun nik name "NYO" dari Sarawak pun nak mintak maaf kepada Tun Mahathir...memang salah di fikir benar....itulah tahun 1998 dahulu. Maaf Tun Mahathir bersama2 GAP
- Salam Bro GAP! Syabas! kerana akui akan kesilapan anda.Teruskan perjuangan anda demi agama, bangsa dan tanah air. Salam Perjuangan!
- Salam bro GAP... Salam Perjuangan... entry ini memang terkesan sekali... hampir aku menitiskan air mata... TUN memang pemimpin berjiwa besar... pandangan beliau mengjangkau akal pemikiran orang lain... Syabas bro GAP... Teruskan perjuangan kerana perjuangan belum selesai...
- Anwar jijah dan izzah adalah melayu paling sial dalam negeri tercinta ini. Kita mesti hapuskan mereka. TDM adalah negarawan terulung. Sebelum beliau meninggalkan kita baiklah kita memohon maaf. Agar lebeh ramai akan tampil. Kita buat satu majlis ramai ramai...
- Salam Dr.Mahathir, Ingin sekali berjabat tangan menghulur salam mohon kemaafan. Saya juga telah banyak memaki hamun dengan perkataan yang hina terhadap Tun. Sesungguhnya Allah SWT telah menunjukkan kebenaran walaupun setelah 10 tahun lebih. Rasa macam nak menitis air mata baca GAP punya pengakuan. Kepada penyoking tegar BABI cuckup2lah.
- saya antara pelajar yang ditaja kerajaan yang aktif menyerang kerajaan dan berpihak kepada anuar.. mohon kemaafan kepada TUN dan rakyat Malaysia khas kepada penduduk KL kerana menyusahkan anda ketika reformasi..
- Tun M _ pemimpin berjiwa melayu../ Betapa sayangnya beliau kepada anak melayu hanya Allah sahaja yg mengetahui jika nak dibandingkan dengan Anuwar Al-Juburi...
Semasa saat genting Anwar baru dipecat dari jadi TPM, Mak Cik sedang belajar Tafsir di rumah seorang kawan di Shah Alam. Semua suri rumah menyebelahi Wan Azizah kerana KONONnya suami anugerah tuhannya dianiya Tun Dr. M.
BalasPadamMaka suri suri rumah pun sama-sama sepakat amat marah pada Tun Dr. M dan masuk PKR melainkan Mak Cik. Sebabnya? Entah macam mana sejak dia jadi TPM pun hati ini TAWAR pada dia sekor ni. Ada yang tak kena tapi tak tahu apa.
Semasa dia jadi TPM lagi, satu hari Mak Cik ke Saloon untuk gunting rambut. Nama hair stylist tu Amy seorang Philipina. Kami berbual. Amy dulunya bekerja di sebuah bar di hotel dan terpaksa jadi hair stylist sebab mak mertua dia Cina Malaysia dan tentulah tak mahu dia kerja lagi di bar sebagai penyayi. Amy beritahu Mak Cik, "Hey, your TPM...whats his name?...Anwar something...he came to the bar to hear me sing". Dalam hati Mak Cik, "Wah..orang ABIM dan Alim Macam ni pun pergi ke Bar ke?" Tapi Mak Cik simpan dalam hati tak cerita siapa siapa. Masa tu SIAPA nak percaya pada Mak Cik? Suami sendiri pun tak percaya?
Disambungkan cerita: Maka suri suri rumah, kawan kawan sepengajian Mak Cik pun pakat pakatlah, jual book mark Anwar mata lebamlah, adakan Hi tea lah untuk kutip dana PKR bantu Anwar. Markasnya adalah tempat pengajian Tafir tu. Bila Mak Cik tak nak beli mereka amat marah. Lama lama tinggal Mak Cik berdua sahaja dari berpuluh yang dalam kelas yang tidak menyokong Anwar dan Isterinya.
Hancur lebur penyatuan orang Melayu hanya kerana Anwar mahu jadi PM. Teruk Tun Dr. M dan isteri serta keluara dihina, dicaci dengan segala perkataan yang tak layak apa tah lagi selepas pengajian Tafsir Quran dan Mak Cik pun angkat bendera putih terpaksa berhenti mengaji walaupun Ustaznya amat baik dan tidak campur aduk pengajian dengan Politik. (Thank god for that).
Kini segalanya terjawab. Suami Mak Cik sekarang berusia 61 tahun baru nak percaya Mak Cik, tapi dia tak pulalah marah pada Tun Dr. M cuma dulu sokong Anwar sebab Anwar kan handsome dan nampak warak!
GAP
BalasPadamPada saya, saya tak salahkan orang2 yang terpedaya dengan pembohongan, lakonan dan fitnah Anwar terhadap Tun M, termasuklah GAP. Yang berdosa adalah Anwar sendiri. Dia yang sepatutnya memohon maaf dengan Tun M dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang telah dibohongi dan diperdaya.
Memang, mereka yang telah sedar dari dibohongi akan merasa kesal yang amat sekali seperti GAP. Tun M sendiri pun merasa kesal kerana memupuk Anwar tanpa was-was di dalam UMNO. Tapi itu tidak menjadikan Tun M dan GAP berdosa. Ingat kedua-dua pihak diperdaya dan dibohongi. Yang berdosa tetap Anwar.
P/s Keluarga kami mempunyai abang yg sama-sama berlajar di UM bersama Anwar. Nasib kami baik kerana abang menceritakan perangai sumbang Anwar.
Bro GAP aku menitiskan air mata membaca penistiharan kau esp kp Tun...bro GAP teruskan perjuangan menegakkan yg benar dan menjahnamkan yg batil
BalasPadamSyukurlah saudara telah insaf
BalasPadamsaya yakin Tun Mahathir akan memaafkan saudara. Jadikanlah ini satu pengajaran dalam hidup saudara jangan terlalu mengikut perasaan kerana syaitan akan mudah menghasut manusia. Siapalah saudara cuma rakyat biasa dan anwar pun tak kenal siapa saudara dan apa sumbangan saudara. itu pun nasib baik saudara tak masuk penjara.
Sedangkan pemimpin yang saudara perjuangkan itu hidup senang lenang, rumah besar, kereta besar dan hidup mewah. ada mereka peduli kehidupan saudara.Mereka hanya mementingkan kroni-kroni mereka dengan mengaut apa saja keuntungan untuk kekayaan mereka sebab itu mereka inginkan kuasa.
Mereka tak pedulikan tentang kesusahan bangsa mereka sendiri. Orang UMNO juga yang membela orang melayu kerana ingin melihat bangsanya maju. Itu tidak bererti semua orang UMNO yang jujur dan ikhlas berjuang untuk bangsa kerana ada dikalangan mereka menjadikan UMNO untuk mengumpul kekayaan mereka.
Oleh itu saudara teruskanlah perjuangan saudara untuk membela ugama, bangsa dan negara dengan memantau orang-orang UMNO supaya mereka berjuang pada landasan yang betul sebagaimana diasakan pemimpin dahulu. Tak perlulah saudara menjadi ahli parti UMNO cuma menjadi penyokong luar parti yang ingin melihat orang melayu bersatu demi untuk ugama, bangsa dan negara.
Assalamualaikum, cukup menyentuh hati saya, blm habis baca tlsan GAP air mata menitis tanpa paksa, saya jenis tak pandai berkata2 tp smgt cintakan tnh air bgtu mdlm di jiwa. Bangkitlah wahai umat islam lihat akan kebenaran dengan minta petunjuk drp Allah. Hanya Allah yg mengetahui segalanya. Sama2 kita berdoa kpd Allah agar Malaysia sentiasa dilindungi drp manusia yang gila kuasa semata2.
BalasPadam