Halaman

Ahad, Mei 01, 2011

Anwar takut bersumpah, adakah Anwar tidak percayakan Allah SWT!!!

Video seks ANwar telah mula tersebar luas... rasanya ramai pihak yang juga melihat video tersebut..

Dalam hal ini, kita melihat Anwar sebagai tertuduh hanya berdiam diri... kenapa?.. banyak persoalan yang timbul dalam kes ini yang dikaitkan dengan Anwar..

Mula-mula dahulu.. bila keluar video ini dan setelah Anwar serta keluarganya menafikan.. Namun ANwar masih gagal menjawab mengenai masa kejadian yang dikaitkan sebagaimana di twitter beliau.

Kemudian apabila ditanya mengenai jam.. Anwar jadi macam orang gila menjerit-jerit dan memarahi orang yang bertanya... kenapa perlu marah-marah.. kalau jam itu ada, tunjukkan sahajalah.. susah sangat ke..

Kemudiannya ditanya kenapa takut sangat untuk bersumpah.. sedangkan masa jadi MP Permatang boleh bersumpah... ini juga menimbulkan persoalan..

Mengenai sumpah Mubahalah.. bukanlah sumpah yang dilarang Islam.. sumpah untuk membersihkan diri sendiri depan Tuhan Yang Esa dan Tuhan Yang Maha Mengetahui.. orang dah tuduh kita membuat sesuatu yang elok.. bukan setakat tuduh tapi siap dengan bukti lagi... iaitu video.. ini buknlah tuduhan macam orang Pakatan kepada UMNO yang memang tidak pernahnya ada bukti... sebab cara pakatan diaorang memang kaki pembohong dan penipu sebab tu memang apa yang diaorang cakap memang tiada bukti..

Tapi dalam isu salah laku Anwar ini memang berbeza sebab bukti video dan bergambar.. memang jelas muka Anwar..

Kenapa Anwar tidak menafikan.. kenapa tak bagi jam, kenapa tak bersumpah... kenapa dan kenapa?.. adakah kerana sebab Anwar dah terlepas cakap...

Anuwar dah kata semalam, sumpah ni bukan sebarang orang buleh buat. Kalau orang minum arak, zina tak boleh bersumpah. Secara tak langsung dia mengaku lah tu, dia dah berzina sebab tu dia tak nak bersumpah.

Kalau tak puas hati lagi.. kalau dah tak bersumlah macam tak nak percaya pada Allah sebab kepada Allahlah kita berserah.. samanlah Datuk Eskay yang nyatakan beliau bersama Anwar pada kejadian itu.. Saman pun tak jugak.. apa masalahnya?.. ya lah.. apa yang nak dicakap ialah kalau Anwar tak guna nama Allah sebab takut bersumpah.. gunalah mahkamah duniawi...

Hakikatnya tindakan Anwar yang terlalu difensif timbulkan banyak persoalan. jadi fikir-fikirkanlah!!!

1 ulasan: