Halaman

Sabtu, Februari 11, 2012

Hari Suami Isteri : Harussani bidas Nik Aziz



SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.

1 ulasan:

  1. Semasa menonton rancangan TV yang berkaitan dengan negara Spanyol (Spain), saya tertanya-tanya bagaimanakah negara ini yang suatu ketika dulu adalah di bawah takluk Islam, menjadi sebuah negara Kristian sedangkan banyak tanda-tanda dan warisan peninggalan Islam di negara ini. Khutbah Jumaat pada 10 Februari 2012 (semalam) menjelaskan bahawa Sambutan Hari Valentine adalah merupakan sambutan Hari Kemenangan tentera Kristian menewaskan tentera Islam untuk merampas Cordoba/Andalusia/Spanyol. Mengapa kita mesti menyambut dan meraikan hari ini (14 Februari)???

    BalasPadam