Halaman

Ahad, Februari 12, 2012

Utusan : DAPigs parti politik paling rasis, monopoli kaum Cina dan mengamalkan Kroni

Bisik-bisik Awang Selamat

DAP makin agresif. Daripada kempen daftar undi di kalangan masyarakat Cina hinggalah kepada penambahan ahli Melayu, parti itu mempelbagaikan strategi. Terbaru, DAP berhasrat mendapatkan bantuan PKR dan Pas bagi menyakinkan masyarakat Melayu bahawa ia bukan parti chauvinis.

Awang hanya senyum. Rupa-rupanya DAP makin terasa bahang tanggapan majoriti orang Melayu terhadap imej parti tersebut.

Eloklah jika barisan pemimpin DAP mulai sedar. Awang telah lama melihat DAP sebagai parti politik paling rasis.

Persoalannya mampukah PKR dan Pas membantu DAP? Pada Awang, PKR sudah hilang kewibawaan dan ditolak oleh masyarakat Melayu.

Pas pula makin dijauhi sejak Presidennya, Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat tunduk kepada agenda DAP sehinggakan tergelincir daripada landasan sebenar perjuangan Islam. Walaupun DAP berjaya menunggang pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas, ia bukan bermakna bahawa masyarakat Melayu akan ikut sama merelakan diri ditunggang oleh parti itu.

Awang ragu PKR dan Pas yang makin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu akan dapat memainkan peranan seperti diharapkan oleh DAP. Hari ini, majoriti Melayu masih melihat DAP sebagai parti ekstrem.

Sekadar cuba menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu tidak rasis, adalah tidak memadai. DAP perlu melakukan pembaharuan bermula dari dalam.

Parti itu yang menggunakan nama demokratik, harus berlaku adil kepada semua kaum, bukannya satu kaum sahaja. DAP tidak boleh kelihatan sebagai parti orang Cina dan lebih memperjuangkan agenda kaum itu.

Orang Melayu, India, Sikh dan lain-lain etnik tidak seharusnya sekadar dijadikan pinggiran dan kosmetik dalam DAP.

Selagi pembaharuan itu tidak dilakukan, selagi itu DAP akan menjadi parti rasis. Apatah lagi adanya Dinasti Lim perencanaan Lim Kit Siang yang mahu parti itu terus dipimpin oleh keluarga dan kroninya. Provokasi tidak henti-henti oleh pemimpin DAP terhadap kedudukan Islam dan orang Melayu serta Raja-Raja, sentiasa memburukkan keadaan.

Sebagai rakyat Malaysia, Awang teringin sangat melihat DAP menyatakan ikrar untuk komited menjunjung sepenuhnya Perlembagaan Malaysia.

Ini kerana sudah banyak petunjuk bahawa parti itu cenderung untuk menulis semula perlembagaan selain mengetepikan nilai, sejarah, jati diri dan asas kenegaraan.

Sesungguhnya terlalu banyak dosa DAP kepada masyarakat Melayu. Jika mahu memulakan fasa baru bagi menyakinkan orang Melayu, adalah wajar sekiranya Kit Siang menyatakan penghargaan kepada pengorbanan dan kemurahan hati masyarakat Melayu yang telah dibuktikan sebelum kemerdekaan lagi.

Pemimpin MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin dan MIC, mendiang Tun V.T Sambanthan pernah secara terbuka memperakukannya. Awang tidak pernah mendengar pemimpin DAP menyatakan perkara itu seolah-olah pengorbanan masyarakat Melayu tidak layak dihargai. Bagaimana mahu menyakinkan orang Melayu bahawa DAP bukan rasis jika parti itu sendiri membina tembok pemisahan dan kebencian? (Minggu ini, DAP mengapi-apikan pula isu pergaduhan kecil ekoran provokasi di sebuah restoran menjadi isu kaum). Janganlah hanya ghairah mahukan sokongan tetapi enggan bersikap budiman ke atas orang Melayu. Zaman telah berubah, politik juga telah berubah tetapi DAP masih ditakuk lama. Awang percaya orang Melayu boleh berubah dalam penilaian terhadap DAP tetapi parti itu mesti terlebih dahulu berubah.

2 ulasan:

  1. BUY CHINESE LAST

    BalasPadam
  2. Beli minyak masak Melayu i.e felda, alif.

    BalasPadam