Kempen Bn di Sg Limau mendapat sambutan yang baik.. sebagai mana diketahui Sg Limau ada kubu kuat Pas.. Bn tidak pernah menang selepas Pru 1990.
Namun fokus Bn adalah mohon supaya diberikan peluang utk berkhidmat kpd pengundi Sg Limau.. jika menang ianya adalah satu bonus namun jika dapat mengurangkan majoriti ianya juga dianggap sebagai satu kejayaan..
Pas pula telah menyediakan sebanyak Rm 350 utk pengundi luar.. ianya utk memastikan pengundi luar yg balik terdiri dr anak 2 muda balik menokong Pas.
Kempen Bn juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Contohnya di Bukit Choras kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan baik. Walaupun ada golongan yang cuba melakukan provokasi, tetapi sebenarnya penduduk di kampung berkenaan keluar beramai-ramai untuk melihat kedatangan pemimpin negara itu.
Tanpa bertanyakan Pengetua Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras, menyokong pihak mana, Muhyiddin telah meluluskan bantuan sebanyak RM400,000 untuk menyiapkan bangunan sekolah berkenaan yang sekian lama terbengkalai.
Bantuan itu memang melegakan pengurusan madrasah itu yang ditubuhkan pada tahun 1995 yang kebetulan pula merupakan kali pertama Pas bertapak di Sungai Limau.
Banyak lagi peruntukkan diluluskan iaitu peruntukan kepada Sekolah Menengah Agama Nahdzah (RM3 juta), peruntukan kepada 12 sekolah lain (RM1.2 juta), Insentif Program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700), bantuan zakat Agrobank (RM19,700), pinjaman TEKUN (RM30,000), peruntukan Masjid Simpang Empat (RM300,000), sumbangan kepada badan persatuan guru-guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000).
Bantuan baiki rumah (RM1 juta), pemberian cermin mata (RM1.18 luta), peruntukan kepada jeti perikanan (RM500,000), peruntukan untuk tukun tiruan (RM2.5 juta) dan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM2 juta).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan