Halaman

Isnin, Mac 31, 2014

Gambar Panas di Twitter


Baru-baru ni hangat di media maya tentang gambar panas pasangan couple ini.

Perlu diingat walaupun kita bebas membuat sesuatu tetapi kita masih ada sempadan yang perlu kita ikut sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu yang ada adat dan budayanya.

Adakah remaja sekarang semakin hilang adat dan budaya serta agamanya.

Atau mungkin mereka lebih berani untuk membuat perkara yang mengundang gejala sosial ni.




Kenapa Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram!!


Punca sebenar Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram - Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.


Pada penulis, apa yang dikatakan Sharnaaz memang ada benarnya. Siapa pula kita untuk memandai-mandai menentukan jodoh seseorang sedangkan perkara tersebut adalah urusan Allah. Kesian pula Sharnaaz sering diusik dan dikecam.

sumber : Blog Pelbagai Macam 

Penulisan yang sangat menyentuh hati #MH370

Dalam masyarakat dunia sedang menyerang negara kita dan pemimpin kita. Kan bagus kalau rakyat kita boleh bersatu dan bersama memegang tangan untuk mempertahankan negara ini.

Ini adalah negara kita, tempat lahir kita, tanah tumpah darah kita, tempat kita membesar dan bermain. Inilah Malaysia.

Ini bukan masanya untuk untuk kita berpolemik dan berpolitik tidak tentu arah.. kerana apa yang kita lalui ialah negara kita sedang menghadapi kesusahan.




dipetik dari FB William Cheah

Saya sebenarnya tertarik dengan penulisan dari blog Fairuz Azmi tentang MH370 ini. Mungkin kita juga akan kongsi perasaan yang sama dengan beliau.


Sila baca artikel menarik ni di sini : Blog Fairuz Azmi 

SKRIP MEMALI UNTUK "DIVERT" ISU MH370

PAS kali ini cuba mencetuskan isu.. Nampaknya isu pilihan mereka ialah isu Memali. Dengan menjadikan Musa Hitam sebagai barua mereka dan kali ini mereka jadikan pula Datuk Mat Zain Ibrahim, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

Bermula dengan pendedahan Musa Hitam yang cuba mengaitkan semula Peristiwa Mamali dengan Tun Mahathir. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru minggu lalu.

Kini PAS beralih pula isu Mamali kepada kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau “Batang Kali Massacre” pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
“Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini. 
Sekiranya kes ini tidak dibuka semula, besar kemungkinan ada pihak yang akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan sedia menyiasat semula Batang Kali Massacre dengan semua mangsa yang terbunuh adalah orang Cina, sedangkan kerajaan enggan menyiasat semula tragedi Memali kerana semua mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
Sebenarnya nampak apa motif mereka bila PAS memainkan semula isu Memali ini. Yang mereka cuba pancing sebenarnya ialah Tun Mahathir sebenarnya.
Hari ini (31.2.2014) pula diikuti dengan kenyataan Mahfuz Omar, PAS menggesa siasatan semula ke atas insiden Memali 1985 dijalankan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia dan bukannya di China semasa kejadian tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata dengan pendedahan Musa itu memperlihatkan kejadian Memali sebagai satu konspirasi kerajaan dan pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.
Nampak tak skripnya..  Musa Hitam (Mahathir berada di Malaysia),  Datuk Mat Zain Ibrahim ( “Batang Kali Massacre” pada 1948 ) dan Mahfuz Omar (pembentangan Kertas Putih pada 1986 perlu ditarik balik.)
Percayalah selepas ini akan ada lagi isu-isu lain yang berkaitan yang akan ditimbulkan.
Namun akhirnya mereka terpaksa recycle semula isu dan mencari isu lain.
Bagi Admin isu Memali ini hanyalah cara PR nak "divert" isu di kalangan rakyat sahaja apabila rakyat sekarang terarah kepada isu MH370. Mereka terpaksa mencari isu yang boleh "prolong" bagi menghidupkan sentimen rakyat kepada PR.
Sedikit sebanyak MH370 telah memberi kredit dan simpati kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh dan begitu ikhlas untuk membantu dan mencari pesawat berkenaan.


Ahad, Mac 30, 2014

Khalid Ibrahim : Calon PKR lain tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

Bahang pemilihan PKR terus di rasai..  Rakyat Malaysia dihidangkan demokrasi paling bodoh amalan PKR.. iaitu perebutan jawatan presiden antara suami dan isteri. Ianya menjadi bahan lawak seluruh negara oleh rakyat Malaysia.

Perebutan jawatan dalam PKR makin kotor dan kritikal. Masing2 calon secara tidak langsung telah melobi secara terbuka melalui media.

Terkini apabila Khalid Ibrahim memperkecilkan calon PKR yang lain yang dianggap tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

Abdul Khalid yakin dengan kualiti yang dimilikinya iaitu pendirian reformasi dengan integriti yang membezakan dirinya dengan pencabar lain.

"Kalau nak buat perubahan mesti dipercayai oleh masyarakat dalam perjuangan membawa perubahan.

Malah Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa pertembungan enam penjuru dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu sebagai perkara biasa.

Posisi berkenaan turut direbut Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Datuk K. Rama Chandram dan Murali Subramaniam.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Khalid ialah pemimpin PKR ni mmg gila jawatan.. mmg meriah pertandingan dalam PKR.

Nampaknya Khalid semakin yakin dengan dirinya berbanding sebelum ini. Walau macam mana pun seteru khalid seperti Azmin Ali pastinya tidak akan benarkan perkara ini berlaku.

Jika terdahulu Azmim bertanding sebagai Timbalan Presiden dengan harapan dapat menjawat jawatan MB Selangor. Namun hasrat dia tidak tercapai.  Masalah Azmin dikatakan Anwar, Pas dan DAP tidak menyukai beliau.

Kita akan di sajikan selepas ini politik hutan yang bakal diamalkan PKR..

Sumber : Klik Sini

Penjelasan tentang kemalangan lori Lynas di Lanchang

PahangKu | Penjelasan GM Corporate Comm Lynas Mal…: http://youtu.be/-ihDCFF8Bz4

Kerajaan dan Lynas selalu ditohmah oleh pembangkang yg menuduh Lynas memproses bahan berbahaya sedangkan hakikatnya tidak... GM Lynas menafikan perkara tersebut....

Jawapan Lynas ttg kemalangan yg melibatkn bhn kimia pada 28/3/14 di Lanchang

Lawak Ahad.. Adui sakit perut.. LOL

Jom.. kita santai hari Ahad ni..

Semalam ada berita lawak yang mencuit hati..

Yang lawak nya parti ini nak tunjuk demokratik sangat.. sampai jawatan Presiden yang bakal bertanding suami Isteri..

Mmg rosak le parti ni.. cuba tgk senarai calon di bawah..

HARI PENCALONAN PUSAT (PKR)
29 Mac 2014 Sabtu
Ibu Pejabat PKR, Tropicana Petaling Jaya

Tutup Jam 5.00 Petang

Calon Presiden:
1. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim calon No 2
2. YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim calon No 1

Calon Timbalan Presiden:
1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim No 3
2. YB Tian Chua No 6
3. YB Saifudin Nasution No 2
4. K Ramacahandran No 1
5. Murali No 4
6. YB Azmin Ali No 5

Calon Naib Presiden
1. Baru Bian
2. Dato Mansor Osman
3. YB Fuziah Saleh
4. Suresh Kumar
5. N Surendran
6. Mustafa Kamil Ayob
7. YB Ellizabirth Wong
8. Dr Shurumugam
9. Dr Trishtaram
10. YB Mohd Rafizi Ramli
11. Mohd Yahaya Shaari
12. Lee Chen Cheh (letak jawatan di DUN Kajang)
13. YB Nurul Izzah Ibrahim
14. YB Dr Xavier
15. Shamsul Iskandar

Calon Ketua Wanita
1. YB Roziah Ismail
2. YB Zuraida Kamarudin

Calon Timbalan Ketua Wanita:
1. Haniza Mohd Talha
2. Prof Rusnah Anai
3. Tengku Intan Tengku Abd Hamid

Calon Naib Ketua Wanita:
1. Gam Pi Nee
2. Norshah Abd Samad
3. Dr Daroyah Alwi
4. Sivamala
5. Joha Mat Lani
6. Tan Po Lai

Calon Ketua AMK
1. Nazri Yunus
2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
3. YB Amirudin Shaari

Calon Timbalan Ketua AMK
1. Mohd Sarman
2. Chan lee kang
3. Afif Barudin
4. Ramesh Kumar

-Sumber Urusetia Pencalonan Pusat PKR

Sabtu, Mac 29, 2014

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Balingian- Majoriti BN bertambah

Keputusan rasmi PRK DUN N.51 Balingian:

BN: 8,194 undi
PKR: 1,283 undi
Undi ditolak: 146 undi

Majoriti: 6,911 undi

Dahulu majoriti BN 5,154 undi.

Majoriti BN bertambah berbanding yang Pilihanraya lepas

#PRKBalingian : Keputusan tidak rasmi PDM Tutus

Keputusan tidak rasmi PDM Tutus;

Jumlah Pengundi: 381 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 278 orang (72.97%)

Undi BN: 260 undi
Undi PKR: 15 undi
Undi Rosak: 3 undi

BN menang majoriti 245 undi

#PrkBalingian : Keputusan tidak rasmi PDM Kuala Lama

Keputusan tidak rasmi PDM Kuala Lama;

Jumlah Pengundi: 1,323 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 793 orang (59.94%)

Undi BN: 589 undi
Undi PKR: 202 undi
Undi Rosak: 2 undi

BN menang majoriti 387 undi

#PrkBalingian : Keputusan tidak rasmi Pusat Undi Penakop Permai;

Keputusan tidak rasmi PDM Penakop Permai;

Jumlah Pengundi: 408 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 277 orang (67.89%)

Undi BN: 235 undi
Undi PKR: 38 undi
Undi Rosak: 4 undi

BN menang majoriti 197 undi

#PRKBalingian : Keputusan tidak rasmi Pusat Undi Tellian Laut

Keputusan tidak rasmi PDM Tellian Laut;

Jumlah Pengundi: 893 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 655 orang (73.35%)

Undi BN: 622 undi
Undi PKR: 26 undi
Undi Rosak: 7 undi

BN menang majoriti 596 undi

#PrkBalingian : Keputusan tidak rasmi PDM Mukah

Keputusan tidak rasmi PDM Mukah;

Jumlah Pengundi: 836 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 423 orang (51.08%)

Undi BN: 270 undi
Undi PKR: 152 undi
Undi Rosak: 1 undi

BN menang majoriti 118 undi

#PRKBalingian : Keputusan tidak rasmi PRK Balingian

Keputusan tak rasmi balingian 29 Mac 2014

Bn 8148
pkr 1248

Majoriti 6866

Secara keseluruhannya, pengundi Cina yang majoritinya tinggal di PDM Mukah telah kembali kepada BN. Salah satu faktornya juga disebabkan kurangnya jumlah pengundi di PDM Mukah keluar membuang undi dan ini disebabkan oleh juga sikap pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang yang membawa budaya menghina dan mencaci ketika berceramah.

Cabaran memperoleh majoriti undi melebihi 6,000 ke atas iaitu melebihi undi yang diperolehi BN pada PRN Sarawak Ke-10 dan PRU Ke-13 lepas dijangka akan dicapai dengan penuh bergaya pada malam ini menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat SPR pada malam ini selewat-lewatnya jam 8.00 malam.

PKR telah melakukan bantahan kepada SPR dan mahukan pengkiraan semula undi di DM Tatus dan hasilnya keputusan masih tetap sama dengan BN memperoleh 260 undi manakala PKR sekadar mendapat 15 undi dengan kemenangan mutlak majoriti BN sebanyak 245 undi.

6.40 petang – Keputusan tidak rasmi PRK DUN N.51 Balingian, jumlah pengundi keluar mengundi sebanyak 71.58%.

Majoriti BN meningkat berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas menyaksikan BN memperoleh 8,148 undi berbanding PKR 1,282 undi dengan majoriti 6,866 undi yang memihak kepada BN.

Sunber : Klxpress

kemaskini : pasangan Pengantin meriahkan PRK Balingian

12.50 tengah hari – Suasana pengundian di PDM Litong sedikit ceria dengan kehadiran sepasang pengantin yang turun mengundi dengan berpakaian pengantinIMG-20140329-WA0150[1]
12.45 tengah hari – Jumlah beberapa Pusat Daerah Mengundi yang akan tutup mengikut jam:
Tutup jam 2.00 petang
PDM Kenyana
PDM Ulu Bedengan

Tutup jam 3.00 petang
PDM Penakop
PDM Temesu
PDM Judan
PDM Penipah
PDM Kuala Balingian
PDM Liok
Tutup jam 4.00 petang
PDM Petanak Mukah
PDM Tellian
PDM Litong
PDM Balingian
PDM Tutus
PDM Jebungan
PDM Sesok
PDM Bedengan
PDM Suyong
Tutup jam 5.00 petang
PDM Mukah
PDM Penakop Permai
PDM Tellian Laut

#PRKBalingian : 17% keluar mengundi sehingga jam 9.00 pg

7.00 pagi – Cuaca di Mukah amat baik dan membolehkan pengundi-pengundi di DUN N.51 Balingian menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
7.15 pagi – Pengundi pertama, Tr Dadom dari Rh Dadom merupakan pengundi terawal yang sampai di di pusat pembuangan undi di PDM BedenganIMG-20140329-WA0010[1]
8.02 pagi – Bekas ADUN Balingian, Ajis Majid turut berbaris bagi menunggu giliran mengundi di PDM Tellian Laut
8.15 pagi – ADUN Pujut, YB Fong Pau Teck dari DAP menunjukkan isyarat tangan no 2 kepada pengundi yang sampai di pusat pembuangan undi di PDM Mukah
IMG-20140329-WA0029[1]
8.30 pagi – Pengarah Operasi PRK N.51 Balingian Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah datang meninjau perkembangan proses pembuangan undi di PDM JudanIMG-20140329-WA0040[1]
8.45 pagi – Seorang pengundi yang berkerusi roda telah selesai membuang undi di PDM Kuala LamaIMG-20140329-WA0035[1]
8.50 pagi – Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memeriksa perjalanan proses pengundian di PDM JudanIMG-20140329-WA0049[1]
9.00 pagi – Calon BN Yussibnosh bin Balo tiba di pusat pembuangan undi di Kampung Tellian dalam PDM TellianIMG-20140329-WA0056[1]
9.05 pagi – Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam ini ialah seramai 2,350 orang, 1,084 lelaki dan 1,266 perempuan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 17.58%. (Tidak termasuk PDM Kenyana kerana masalah talian komunikasi)
9.15 pagi – Kelihatan Datuk Sebatian Ting dan Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai sedang melawat SJK Chong Boon di PDM Mukah

Selamat mengundi kepada warga Balingian

Hari ini tibalah masanya untuk pengundi Balingian keluar mengundi.

Undilah untuk kesejahteraan dan keamanan.  Sarawak di bawah BN sentiasa mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dapat di bawah negeri lain.

Kemampuan BN Sarawak mengurus negeri sehingga bawa ke satu tahap yang lain patut dihormati.

Namun perkara yang penting bagi rakyat Sarawak khasnya bagi bumiputera Islam. Walaupun mereka minoriti tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin BN Sarawak mereka mampu menjadi tunjang negeri.

Dendam musa hitam terhadap Mahathir..



1. Kita digemparkan satu berita dimana Musa Hitam menuduh Tun M berada di Malaysia sewaktu berlakunya kejadian Mamali 19 November 1985.

2. Selepas hampir 30 tahun.....

Musa Hitam dedahkan Matathir berada di Malaysia bukannya berada di China seperti yang dilaporkan dalam media dalam insiden MEMALI pada 19 nov 1985 yang mengorbankan 14 nyawa.

Musa dedahkan dalam Forum Diskusi Politik Malaysia : Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan kelmarin dan moderatornya Prof Datuk Dr Mohamamad Agus Yusof..


2. Menurut Musa Hitam, Tun Mahathir tidak berada di China, tetapi berada di Malaysia bukan setakat hari pertama kejadian sahaja, malah hingga hari ke empat. 

Anda boleh baca disini laporan daripada portal pembangkang

3. Malang sekali, PMO ucapan Tun M pada 22.11.1985 di Qing Hua University Beijing membuktikan Tun M berada Di China. Malah dalam buku " Five Principles of Chinese Policies" menunjukkan bahawa Tun M sememangnya di China pada 20 - 28 November 1985

4. Kegilaan apakah yg melanda Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, sanggup menuduh Tun Mahathir sedemikian rupa?

5. Ini adalah kertas putih yang ditandatangan sendiri oleh Musa Hitam dan dibentangkan di Parlimen tanpa sebarang bantahan dari PAS.

Red Alert!!! Water rationing in Selangor until April 30 as dam levels fall..

Rain in the Klang Valley since March 16 has failed to raise water levels in seven dams that supplied raw water to water treatment plants in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.
The National Water Services Commission (SPAN), in a statement today, said water levels at the dams continued to fall due to little rain for the past two months compared with the corresponding period in previous years as well as increased treated water production.

Mungkin rakyat Selangor terpaksa guna Air dari lopak jalan.

It said water levels at the seven dams was at 190 metres compared with 206.60 metres in January.
The total water storage in Sungai Selangor has dropped to 37.09%, Sungai Tinggi (63.25%), Sungai Semenyih (72.83%), Sungai Langat (50.20%), Klang Gates (50.32%), Tasik Subang (88.39%), and Sungai Batu (77.59%), it added.
It said the third stage of scheduled water distribution would continue until April 30 involving 722,032 houses, affecting 3.6 million people in Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor and Kuala Lumpur.
Each area is divided into two zones with each zone receiving water supply for two days followed by two days of rationing, it said.
SPAN said the Selangor government decided to reduce water released from the Sungai Selangor Dam by another 500 million litres per day (MLD) to 1,000 MLD.
A meeting attended by SPAN, the Energy, Green Technology and Water Ministry, the Selangor government, Lembaga Urus Air Selangor (Luas), National Security Council and all operators agreed to implement the fourth stage of the scheduled water distribution from April 4 and extend it to other areas.
The statement said however, the date and the affected areas would be announced soon.
Meanwhile, the first stage of the scheduled water distribution implemented on February 27 in Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang will continue due to closure of two water treatment plants - at Mile 11, Cheras and Bukit Tampoi - both due to high ammonia content, it added. – Bernama, March 28, 2014. 

Jumaat, Mac 28, 2014

Pasangan Malaysia didapati bersalah


Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara

KUALA LUMPUR: Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.

Menurut peguam Shalwati, Kristopher Stahre, anak guamnya didapati bersalah kerana memukul kempat-empat anaknya berulang kali dan dihukum penjara selama 14 bulan. 

Walau bagaimanapun, di bawah pembebasan bersyarat, Shalwati perlu menjalani hukuman kira-kira tujuh bulan atau kurang, tertakluk kepada tingkah laku yang baik

Azizul pula dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana memukul tiga daripada empat anaknya.Dia telah dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Hakim, Mattias Moller juga mengarahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi kepada semua anak-anak mereka dan tiada arahan diusir keluar Sweden oleh mahkamah selepas menjalani hukuman penjara.

Stahre berkata, usul untuk merayu supaya hukuman diringankan masih dalam perbincangan antara dia dan anak guamnya.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

PR sahkan mampu temui MH370

BgAda berita gembira kepada rakyat Malaysia apabila Ahli Parlimen PR berkata beliau mampu mencari Mh370.

Beberapa jam selepas mendakwa Pakatan Rakyat mampu mencari kehilangan pesawat MH370 sekiranya mempunyai sumber, MP Segambut Lim Lip Eng menarik balik kenyataan beliau itu.

"Saya mahu menarik balik kenyataan saya (iaitu): 'Ia cukup senang. Jadikan seorang pemimpin DAP sebagai komander tentera udara atau laut, kemudian kami akan mencari MH370'," kata Lim.

Namun selepas beliau menyatakan kenyataan tersebut.. tiba2 beliau buat kornar baring... tiba2 minta maaf.. pulak..

"Harap dapat menerima kekesalan saya yang mendalam kerana membuat komen tersebut."

Lim dipetik sebagai berkata demikian oleh Malaymail Online ketika sidang media pagi ini.

Ketika dihubungi, Lim berkata beliau membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadi dan ia tiada kena mengena dengan partinya.

"Saya mengulas soalan yang ditanya tetapi saya menarik balik keseluruhannya dan kesal dengan perkara itu," katanya.

Patutnya beliau tetap dengan pendirian beliau.. mudah rakyat Malaysia tak payah hentam kerajaan lagi..

Sebelum ini pembangkang banyak menghentam kepimpinan Najib kerana dikatakan gagal mengurus mh370 dengan baik.

Inilah masanya untuk PR buktikan mereka mampu cari mh370..

Tak gitu??

Sumber : Mkini

Aksi ‘Panas’ Gadis Berjubah, Bertudung Labuh



Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh kini tersebar di internet.

Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.

Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.


Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab –

Kajang kalah tapi pemimpin Umno... ???

PANAASS...! Selesai PRK Kajang..., Benarkah Seorang Pimpinan Atasan UMNO Selangor Dah Tempah Kereta Mewah Untuk Isteri...? Mahsyuukks

Rungutan biasa setiap kali berlakunya Pilihanraya dikalangan jentera jentera UMNO;

"Duit aku tak pegang laaa...."

"Macam mana jentera nak gerak dana tak turun bro...."

"Sampai bila nak guna duit sendiri, suruh buat program berbagai-bagai kehendaknya..., letih laa "

"Banyak nie jer duit turun...? Mana lagi....?? "

"Gila ker, satu bahagian bagi 25k jer...! Nak kongsi dengan jentera bahagian, jentera Pemuda, nak sewa rumah lagi, nak buat program lagi..., makan minum lagi...., duit minyak lagi...."
Sumber : Blog Mik

Menteri bisu baru bersuara..

Rasanya macam dah lambat.. sepatutnya menteri bisu ni respon awal lg sikit..

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan.

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.

Sumber : Astro Awani

MH370 : Satellite Jepun temui 10 objek terapung di Lautan Hindi


TOKYO: Japanese satellite images have shown around 10 floating objects off Australia, possibly from missing Malaysia Airlines flight 370, media reports quoted the government as saying Friday.
The objects were spotted in waters roughly 2,500 kilometres (1,550 miles) southwest of Perth,Kyodo and Jiji news agencies said.
Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center's study showed objects up to eight metres (26.4 feet) in length and four metres wide in images captured by a satellite between 9am and 3pm (0000 GMT and 0600 GMT) Wednesday, Kyodo said.
A government source said they could be wreckage of the missing plane since they were found in an area overlapping the sites where debris had previously been spotted, according to the agency.
Jiji quoted a government official as saying the floating objects were "highly likely" to be part of the plane.
Japan had handed the information to Malaysia, the reports said. – AFP

Khamis, Mac 27, 2014

Satu lagi bukti kezaliman Kerajaan PR..

Kisah peniaga Melayu yang sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan PR bukanlah perkara baru. Banyak berlaku sebelum ini banyak premis perniagaan Melayu yang menjadi sasaran kezaliman kerajaan PR.


Berbeza dengan nasib peniaga Cina.. walaupun mereka berniaga secara haram tetapi mereka adalah anak emas DAP..

Terkini gerai milik Melayu di Teluk Bahang diruntuhkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang pagi tadi. Satu tindakan yang di sifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebelum ini telah berlaku sedikit kekecohan apabila para peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut bertindak menghalang anggota MPPP daripada meneruskan tugas mereka sehingga berlaku pergelutan.
Insiden terbabit telah menyebabkan operasi perobohan dihentikan buat sementara waktu di sebabkan para peniaga dan penduduk mula bertindak agresif untuk mempertahankan gerai milik mereka.Baca Sini
Namun setelah beberapa lama, gerai-gerai tersebut tetap dirobohkan. Operasi perobohan melibatkan 13 binaan gerai milik orang Melayu

PKR kata Adenan pengecut!!

Mungkin beliau celum cukup sebulan lagi menjadi ketua Menteri, namun beliau telah membuktikan bahawa beliau layak dipanggil ketua Menteri Sarawak. 

Tindakan beliau yang tidak teragak-agak menghalang pengacau dari semenanjung sewajarnya dipuji. Inilah keunikan yang diperolehi oelh Sarawak apabila mereka menandatangani memasuki Malaysia.. Mereka boleh menghalang mana-mana individu yang boleh mengganggu ketenteraman Sarawak.

Susulan kejadian beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak, PKR semalam telah membuat satu sidang media khas untuk mengutuk tindakan tersebut.




Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh. 
Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.

PKR menuduh Sarawak tidak menghormati proses pilihanraya.. tetapi apabila difikir balik.. adakah PKR sendiri menghormati proses pilihanraya atau bukankah PKR yang sebenarnya mempermainkan demokrasi.

Sebenarnya PKR cakap tidak serupa bikin.. 

Tahniah Adenan Satim!!

Khas untuk penyokong Pas..

Banyak perkara Pas dan Umno mempunyai perbezaan.. namun sekiranya Pas dan Umno setuju dalam beberapa perkara pun sudah sangat baik.

Saya percaya jika penyokong Pas yang masih berpegang kepada ajaran agama dan bukan taksub kepada pemimpin. Pastinya mereka akan bersetuju dengan perkara ini 

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.  Anwar memfailkan permohonan itu pada Mei tahun lalu, iaitu 10 tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan daripada tuduhan meliwat pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.
Panel lima hakim mahkamah persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan itu.
Korum berkenaan turut dianggotai Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
Ketika membuat keputusan itu, Zulkefli berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyediakan penghakiman bertulis tersebut telah mendapati bukti yang mencukupi sebelum menyediakan penghakimannya.
Menurutnya, hakim-hakim mahkamah persekutuan ketika itu sebulat suara membuat keputusan bahawa salah laku homoseksual itu berlaku namun hanya terdapat keraguan bilakah ianya berlaku.
Menurut Zulkefli,  mahkamah itu mempunyai kuasa budi bicara di bawah peraturan 137 Undang-undang Mahkamah Persekutuan (RFC) yang perlu dilaksanakan secara berhati-hati dalam kes-kes luar biasa yang mana satu ketidakadilan ketara mungkin berlaku.
“Azizan tidak berbohong, sebaliknya mungkin terlupa kerana kejadian itu berlaku beberapa tahun sebelum, tidak seperti kebanyakan kes seksual, dan dia (Azizan) tidak membuat laporan polis segera.
“Kita tidak akan pergi sehingga peringkat ini untuk menyatakan kenyataan Azizan adalah tidak boleh diterima atau dipercayai, namun kami menyatakan bahawa beberapa kenyataan itu adalah diragukan dan tidak konsisten, maka kita perlu mencari bukti yang nyata,” katanya.
Beliau berkata, Azizan mengakui kejadian itu. Walaupun ragu bila waktunya berlaku, dia merupakan mangsa kejadian.
Anwar memohon untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertamanya atas alasan perenggan itu merosakkan reputasi dan secara berterusan digunakan untuk merujuk dirinya sebagai pelaku homoseksual.
Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, semasa hujahannya pada 2 Disember tahun lalu menyatakan perenggan itu diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang.
Sementara itu, semasa hujahan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, berhujah bahawa permohonan semakan ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya.
Anwar dibebaskan oleh mahkamah persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.
Mahkamah persekutuan itu membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.




Ps: Pas mungkin ada berbeza pendapat dengan Umno dalam banysk perkara.. namun sekiranya Pas dapat bersetuju dalam satu atay beberapa perkara dengan Umno pun sudah kira baik.

Sebagai umat Islam.. rasanya dah jelas apa yang mahkamah sebut tentang Anwar Ibrahim. Mungkin ini antara titik persamaan antara Pas dan Umno iaitu menolak pemimpin yang disahkan membuat perkara luar tabii.