Halaman

Ahad, Mac 30, 2014

Khalid Ibrahim : Calon PKR lain tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

Bahang pemilihan PKR terus di rasai..  Rakyat Malaysia dihidangkan demokrasi paling bodoh amalan PKR.. iaitu perebutan jawatan presiden antara suami dan isteri. Ianya menjadi bahan lawak seluruh negara oleh rakyat Malaysia.

Perebutan jawatan dalam PKR makin kotor dan kritikal. Masing2 calon secara tidak langsung telah melobi secara terbuka melalui media.

Terkini apabila Khalid Ibrahim memperkecilkan calon PKR yang lain yang dianggap tidak boleh dipercayai dan tiada integriti.

Abdul Khalid yakin dengan kualiti yang dimilikinya iaitu pendirian reformasi dengan integriti yang membezakan dirinya dengan pencabar lain.

"Kalau nak buat perubahan mesti dipercayai oleh masyarakat dalam perjuangan membawa perubahan.

Malah Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa pertembungan enam penjuru dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu sebagai perkara biasa.

Posisi berkenaan turut direbut Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Datuk K. Rama Chandram dan Murali Subramaniam.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Khalid ialah pemimpin PKR ni mmg gila jawatan.. mmg meriah pertandingan dalam PKR.

Nampaknya Khalid semakin yakin dengan dirinya berbanding sebelum ini. Walau macam mana pun seteru khalid seperti Azmin Ali pastinya tidak akan benarkan perkara ini berlaku.

Jika terdahulu Azmim bertanding sebagai Timbalan Presiden dengan harapan dapat menjawat jawatan MB Selangor. Namun hasrat dia tidak tercapai.  Masalah Azmin dikatakan Anwar, Pas dan DAP tidak menyukai beliau.

Kita akan di sajikan selepas ini politik hutan yang bakal diamalkan PKR..

Sumber : Klik Sini

1 ulasan:

  1. hebat betul, dulu bomoh cari kape trobang jadi lawak dunia, pak nuar tak kenal bomoh, ni laki bini nak jadi presiden party yang sama, ya lah parti sendiri bikin, sendiri punya, laki bini nak jadi presiden apa salahnya..satu untuk ko, satu untuk aku, satu untuk ko, satu untuk aku... orang lain tak dapat..

    BalasPadam