Halaman

Jumaat, Mac 21, 2014

HOT!!Parti 'overdose' dan seksi FMFA,anak Che Ta turut kelihatan?


Sekitar minggu lepas negara digemparkan berita beberapa orang remaja yang terkorban dan sebahagian lagi dikejarkan ke hospital akibat pengambilan dadah secara berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Bukit Jalil.

Sebagai seorang ibu yang mengetahui anak-anak lelakinya menghadiri konsert berkenaan, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut kecewa apabila mendapat tahu mengenai kejadian malang itu.

Sebenarnya, anak saya pun turut ke sana untuk menonton konsert berkenaan. Tapi, sebelum itu, saya dah pesan awal-awal dan bagi ‘khutbah’ siap. Lagipun saya benarkan dia pergi kerana saya kenal kawan-kawannya. Mereka juga turut dipantau ibu bapa juga.

Bagi saya, sekadar nak tengok konsert dan dengar muzik, itu tidak mengapa. Kalau saya tahu konsert itu turut dicemari dengan dadah, memang saya tak akan benarkan mereka pergi.

Jelas Che Ta menerusi laporan Sinar Harian, selain ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak, kerajaan juga perlu lebih tegas dalam menangani isu seperti ini di masa hadapan.

Sebagai ibu bapa, kita kena pantau pergerakan anak-anak, kena ambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Kerajaan juga kena lebih tegas.

Tahun lalu, 20 orang terkorban tapi tahun ini mereka buat lagi konsert itu. Tak ada faedah pun, cukuplah sekadar layan muzik di radio dan tengok konsert yang lebih berhemah.




Dalam perkembangan lain, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy baru sahaja mengambil keputusan pereriksaan SPM dan berjaya meraih lapan A bagi keseluruhan matapelajaran.

Che Ta Izin Anak Pergi FMFA Tanpa Mengetahui Konsert Dicemari Isu Dadah, Anak Sulung Pula Dapat 8A SPM

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Che Ta sendiri menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan perasaaan bangga di atas pencapaian Ammar.



Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh pengikut Che Ta di laman sosial tersebut, ramai yang memuji kepandaian anaknya sambil mengucapkan tahniah kepada Che Ta kerana menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak.

-oh bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan