Halaman

Jumaat, Mac 14, 2014

#KajangMove :Analisis Manifesto bukti PKR gagal selami hati rakyat

Sebagaimana yang diketahui pada tahun 2008, PKR telah menguasai kerajaan Negeri Selangor. Dan sekali lagi PKR dipilih untuk menerajui kerajaan Selangor pada 2013 menjadikannya memerintah Selangor buat penggal ke-2.

Pada 27 Januari 2014 yang lalu, ADUN PKR Kajang, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan oleh Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti PKR. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Dengan mandat 19, 571 undi atau 6,824 majoriti bagaimana Anwar Ibrahim boleh mengarahkan ADUN PKR ini meletakkan jawatan. Ini adalah demokrasi terpimpin yang cuba di bawa oleh Anwar Ibrahim.. seorang yang kuku besi dan diktator!!

Pada 12 Mac 2014 yang lalu, PKR telah melancarkan manifesto mereka dengan 4 teras yang utama. Pertama keselamatan, mengatasi kesesakan lalu lintas, peluang pekerjaan dan pembangunan anak muda
dan penyelenggaran kebersihan dan perancangan bandar yang lebih baik.


PKR yang diterajui Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya boleh meneruskan agenda pembangunan Selangor tanpa perlu Manifesto atau janji bari kerana mereka adalah kerajaan yang memerintah.

Selain itu juga selaku Presiden Parti Wan Azizah sepatutnya mempunyai autoriti dan boleh memberi arahan kepada Menteri Besar Selangor dan semua ADUN dibawahnya untuk membuat kerja kecuali beliau adalah presiden boneka atau tunggul.

Oleh itu, Pilihanraya Kecil Kajang hanya diadakan kurang setahun daripada pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Kenapa PKR perlu lancar manifesto baru..

Sebenarnya apa yang ditunjukkan manifesto PKR ini ialah kelemahan kerajaan negeri dan wakil wakil rakyat PKR yang gagal memahami hati rakyat di akar umbi. Ini menunjukkan kelemahan prestasi semasa Kerajaan dan ADUN-ADUN PKR. Secara tidak langung ianya adalah satu pengakuan PKR bahawa MB Selangor sekarang ini gagal buat kerja. Setelah lima tahun Kajang masih bergelut dengan banjir, kesesakan lalulintas, keselamatan yang semakin teruk, sampah yang bertaburan dan paling malang ialah kegagalan PKR juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Dengan gambar Wan Azizah menyepak bola diposter manifesto PKR.. apakah sebenar mesej yang hendak di sampaikan. Adakah Wan Azizah juga hendak disepak oleh rakyat Selangor kerana sebagai Presiden kepada Parti yang gagal mengurus hati dan perasaan rakyat Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan