Halaman

Sabtu, Mac 15, 2014

#kajangMove : Dakwaan godam Telefon - tindakan musuh dalaman PKR?


Dua pemimpin PKR hari ini mendakwa nombor telefon mereka digodam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menjadi pemimpin pertama parti itu yang mengeluarkan kenyataan telefon bimbit dan talian telefon yang digunakannya digodam. Ia kemudian diikuti dengan kenyataan media berkaitan perkara sama oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kisah Azmin dan Khalid umpama cerita dua pemimpin kabilah besar arab.. mereka memusuhi satu sama lain. 
PRK kajang sebagaimana diketahui adalah rentetan perbalahan antara Azmin dan Khalid Ibrahim di dalam PKR dan di bawa di dalam pemerintahan PKR Selangor serta PKNS.
Baru-baru ini juga Khalid dengan beraninya telah mengishtiharkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang sekarang dijawat oleh Azmin Ali. 
Adakah tuduhan Azmin ini secara halus menuding jari kepada Khalid. Rakyat perlu ingat PRK Kajang hanya cara PKR nak tutup sementara cerita dalaman PKR yang semakin parah. 

Ianya juga dalam masa yang agendi peribadi yang keji setengah pemimpin PKR untuk mempromosi dan berkempen pada pemilihan PKR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Nampaknya perbalahan dalaman PKR akan berterusan sehingga terdapat cerita Azmin akan keluar daripada PKR sekiranya Khalid menerajui Selangor.

Apapun PRK Kajang hanyalah pentas peribadi dan drama Anwar Ibrahim dan tidak lebih dari tu. 



ps : tapi percayalah.. pastinya PKR akan menuduh UMNO berkaitan isu godam telefon bimbit ini.. skrip biasa :P



Tiada ulasan:

Catat Ulasan