Halaman

Selasa, Mac 25, 2014

MAS mohon maaf kepada keluarga penumpang #AlfatihahForMh370

MAS maaf0Tiada siapa yang boleh bayangkan apa yang sebenarnya berlaku.. 
Tiada siapa dapat bayangkan rasa pilu, sedih, sakit, kecewa yang sedang dihadapi oleh keluarga mangsa.
Bagi pihak Malaysia Airlines (MAS) melahirkan kekesalan dan memohon maaf kepada ahli keluarga dan waris penumpang serta kru penerbangan MH370 yang disahkan telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Menurut MAS dalam kenyataannya malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penerbangan MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data analisis terbaru satelit mencadangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
“Bagi pihak kami, Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami bersama semua orang yang tersayang buat semua 226 penumpang dan 13 sahabat serta rakan sekerja pada saat yang amat memilukan ini.
“Kami tahu, tiada kata-kata yang kami atau sesiapa saja dapat diungkapkan berupaya meredakan kesakitan anda. Kami akan terus membantu dan menyokong anda, sebagaimana kami telah laksanakan sejak hari pertama MH370 hilang pada awal pagi 8 Mac ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Operasi mencari pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan bagi pelbagai persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Di samping pencarian MH370, siasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari jawapannya.
“Kami memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberi sokongan buat anda dalam menghadapi kesukaran pada minggu dan bulan mendatang.
“Sekali lagi, kami mengucapkan ingatan yang tulus, doa dan takziah kepada setiap yang terkesan akibat tragedi ini,” menurut kenyataan itu, lapor mStar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan