Halaman

Sabtu, Mac 22, 2014

#MH370 : Kekecohan di Beijing disiasat

Beijing

BEIJING - Kerajaan akan menyiasat keadaan tegang yang berlaku di Beijing China pada satu taklimat yang dihadiripegawai tertinggi Malaysiadan ahli keluarga penumpang mengenai perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370.
“Saya telah menerima laporan dari Kementerian Luar dan juga pihak berkuasa China.
“Kami akan terus berhubung bersama ahli keluarga. Kami juga akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kondusif ketika taklimat,” kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika sidang media di Hotel Sama Sama, Sepang.
Menurut laporan AFP, polis terpaksa campur tangan pada hari Sabtu apabila saudara-mara penumpang pesawat MH370 yang hilang meluru ke arah pegawai-pegawai Malaysia di sebuah hotel di Beijing menuntut penjelasan ke atas nasib ahli keluarga mereka.
Ianya berlaku setelah misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan memasuki minggu ketiga, di mana ramai berharap ahli keluarga mereka masih hidup dan mendakwa Malaysia merahsiakan sesuatu.
Seramai 153 rakyat China menaiki pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar awam pada 8 Mac hampir satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.  Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
“Kerajaan Malaysia, berterus terang dengan kami! Kembalikan insan tersayang kami!” jerit seorang ahli keluarga pada satu taklimat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan. Hotel berkenaan menganjurkan taklimat harian kepada ahli keluarga bersama wakil syarikat penerbangan.

Berita selanjutnya : KLpos 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan