Manusia ini boleh menunjuk zahirnya..
Manusia juga boleh menunjuk kebaikannya..
Namun akhirnya yang penting adalah niat kita..
jika kita buat sesuatu dengan baik dan ikhlas..
walaupun macam mana kita difitnah kebenaran tetap nampak.
Tetapi andai apa yang kita buat tidak ikhlas dan tidak jujur..
hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk..
akhirnya keburukan yag kita sembunyikan akan terdedah jua..
Lihat lah video di atas
dengarlah dengan hati yang terbuka..
dan hayatilah liriknya!!
Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Dek manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dek manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
[Tamat]
Keterangan Lagu
Tajuk: Tak Seindah Wajah
Vokal: Tan Sri Syed Mohamad Salim
Lagu: Ibrahim Bachik
Lirik: Rosli Hj. Ahmad
Hakcipta: Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd
...raja bomoh vip buat hal lagi di teluk intan....orang perak rupe rupe nyeee tok moh ni...
BalasPadam