Halaman

Isnin, Mac 17, 2014

#PRKKajang : Rakyat kajang mempersendakan tema kempen PKR!!



Sebenarnya rakyat Kajang masih termangu-mangu apabila Pilihanraya Kecil Kajang diadakan. Mana taknya dengan tiba-tiba ADUN kajang letak jawata dan beri laluan kepada Pilihanraya Kecil diadakan.


Akibat dari tindakan PKR yang tidak demokrasi yang paksa ADUN Kajang letak Jawatan telah menyebabkan SPR terpaksa membelanjakan duit rakyat RM 1.6 juta. 

Ini adalah satu pembaziran duit rakyat.. Anwar suka menuduh BN suka bazir duit rakyat.. tapi apabila mereka membazir mereka akan adakan pelbagai alasan untuk mewajarkan pilihanraya Kecil Kajang ini.




Anwar memberi alasan PRK ini adalah satu referendum rakyat untuk tolak BN.. tapi apakah sebenarnya alasan PKR untuk pilihanraya ini.. alasan sebenar Pilihanraya ini adalah untuk menutup masalah dalaman PKR yang berlaku dalam negeri Selangor.

Rakyat Kajang sepatutnya tidak terlupa perbalahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin ali yang berebut Jawatan Menteri Besar Selangor.  Perbalahan ini berterusan sehingga ke PKNS yang akhirnya Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pngarah.

Bukan itu sahaja, isu PKNS ini juga semakin parah apabila Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha PKNS Norita Mohd Sidek dipecat serta merta.


Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan pengurusan perbadanan itu pada Isnin.

Sebelum itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS. Norita berkata, pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu

Rakyat boleh melihat betapa jeliknya permainan politik PKR ini. Berterusan selepas itu ialah pemecatan 26 kakitangan PKNS yang dikatakan pro Azmin telah dibuat.


Selepas itu datang ura-ura tentang peletakan Jawatan ADUN Kajang.. namun pada mulanya Anwar menafikan.. tetapi kemudian bukan shaja Anwar mengesahkan ADUN tersebut letak jawatan tetapi telah mengishtiharkan diri beliau sebagai calon PKR. Dan tidak setakat itu beliau juga mengesahkan beliau juga dalah calon MB Selangor.



Pilihanraya Kecil Kajang, PKR telah menggunakan tema Dari Kajang Ke Putrajaya. Sebenarnya kalau dilihat tema tersebut tiada kaitan lagsung di antara satu sama lain. 

Pertama : Pemilihan Kajang ialah DUN di Selangor.. bagaimana pilihanraya DUN ada kaitan dengan Parlimen.

Kedua : Pilihanraya Kajang adalah melibatkan satu DUN sahaja bukannya Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Umum

Ketiga : PRK kajang bukanlah Pilihanraya Umum

Sebenarnya tiada kaitan langsung antara Kajang dan Putrajaya ini. 

Hanya orang bodoh sahaja yang mempercayai tema ini.. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan