Halaman

Sabtu, Mac 22, 2014

#PRKKajang : Tun M persenda tema kempen PKR di Kajang


KAJANG: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dianggap tersilap langkah jika melihat  'Langkah Kajang' yang dirancang PKR sebagai laluan mudah pakatan pembangkang untuk ke Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebenarnya sia-sia malah menyusahkan rakyat.

"Tadi, waktu saya datang ke sini, (saya) ingat sudah tersalah tempat...saya nampak poster Wan Azizah tertulis dari Kajang ke Putrajaya.





"Beliau silap jalan tu...tujuan PRK ini adalah untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap pada majlis bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, pada Jumaat.


Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.

Langkah Kajang PKR bermula sejurus wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Jan lepas bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebelum diangkat menjadi menteri besar Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan