Halaman

Selasa, April 08, 2014

Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim Lawat Anak Wan Sakinah



Bertapa mulianya hati seorang wanita. Tersentuh kami apabila melihat foto mesra isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana yang turut hadir melawat anak pertama Ashraf dan juga madunya yang masih lagi berada didalam wad.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.
Namun, berpoligami itu tidak semestinya menyakitkan kerana Ashraf telah membuktikan mereka sekeluarga mampu membahagiakan antara satu sama lain.
Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim Lawat Anak Wan Sakinah
Melalui foto-foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Ashraf sendiri, Dayana dilihat turut sama teruja dan gembira menyambut kelahiran bayi tersebut.
Malah, kehadiran Dayana wajar dipuji kerana dia berjaya menepis semua masalah dan konflik yang pernah terjadi demi mengecapi kebahagiaan bersama.
Melalui caption yang ditulis, Ashraf turut mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Dayana yang banyak memberikan semangat dan dorongan buat mereka sekeluarga.
Ini adalah saat keindahan bagi kami semua. Doakan kami semoga dengan lahir insan yg baru saja melihat dunia ini dapat merapatkan silaturrahim antara kami semua.Terima kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yg paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini.
Ya Allah! Aku dapat rasakan cintamu terhadapku dan isteri-isteri dan juga anakku.. Bersyukur sgt2 pada Allah dengan apa yang diberikan kepada ku selama ini yang susah ataupun yang senang. Berat baby 2.51 kilogram, dan baby girl.
Apapun, kami yakin Dayana juga akan turut sama menjaga dan melindungi anak madunya ini seperti anaknya sendiri dengan seikhlas hati.
Kami doakan semoga kebahagiaan Ashraf sekeluarga akan kekal hingga ke akhir hayat dan mereka saling menyokong serta membantu sesama sendiri.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka bertiga dan semoga anak ini akan membesar dan menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu-ibu serta ayahnya.

sumber : Oh Bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan