Halaman

Khamis, April 10, 2014

Jom meriahkan Semarak Johor Dun Pasir Raja 2014

Sekali lagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor mengadakan Semarak Johor dan kali ini di Dun Pasir Raja.

Program yang kali pertama diadakan di kawasan ini akan berlangsung mulai hari ini 10 April sehingga 12 April 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan LKTP Sg Sayong, Kota Tinggi.

Program yang bertujuan merapatkan agensi kerajaan dan rakyat tempatan ini adalah satu cara mendapatkan reaksi masyarakat secara langsung.

Banyak acara yang akan dilaksanakan dan pada malam ini sebagai memberkati program ini akan dimulakan dengan forum perdana Ehwal Islam. Pada hari ini pameran agensi kerajaan telah bermula.




Jasa Johor dengan pameran konsep mengimbau sejarah tanah air negara dengan memaparkan para pejuang kemerdekaan negara. Selain itu juga kuiz juga akan diadakan dan hadiah-hadiah saguhati sedang mengunggu pengunjung bertuah.


Jabatan Penerangan pula dengan acara yang disukai ramai program karaoke inforia. Selain pengunjung terawal akan meneima 'doorgift".


Pos Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menyertai pameran kali ini.


Kepada peminjam PTPTN pula mungkin booth ini yang akan dijadikan pilihan mereka.. hmm ya ke?? hihi...


Booth Jabatan Penyiaran dan Johor FM yang setia bersama permata selatan.



Pemeriksaan juga ada.. boleh check tu.. hmm.. bila kali terakhir anda check kesihatan anda?



Ini booth yang paling disukai anak-anak.. jadi kepada ibu bapa jangan lupa bawa anak-anak bersama-sama.. untuk meriahkan lagi majlis ini.


Pameran dari Felda.. banyak produk felda yang dipamerkan.


Mawi World juga turut memeriahkan lagi acara di sini. Dimaklumkan Mawi akan turut serta pada hari Sabtu 12 hb April 2014.. Jom meriahkan lagi semarak Johor.. dengarnya maskor Harimau Selatan akan join sekali!! 


Acara untuk anak-anak muda tidak dilupakan.. Penyertaan dari Pejabat Belia dan Sukan.

Jom beramai-ramai meriahkan lagi Semarak Johor 2014 dun Pasir Raja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan