ENTAH apa jampi DAP yang begitu mudah dapat menakluk dan menundukkan panglima-panglima Pas yang gagah lagi perkasa. Kepimpinan tertinggi Pas seperti kehilangan tenaga setiap kali berdepan dengan sekutunya DAP. Sedangkan Pas mempunyai banyak ulama dan cerdik pandai.
DULU Karpal Singh kini anaknya, Gobind Singh Deo memburukkan hudud! Dulu mereka kata "kita meraikan perbezaan pendapat"; tapi selepas PRK Teluk Intan mereka ubah dengan slogan "semua bersetuju untuk semua pihak berhak tidak bersetuju". Soal ideologi pun mereka gagal mencapai kata sepakat.
KINI, umat Islam dan orang Melayu dalam parti Pas terus merelakan dirinya dibuli. Suara marah dan kecewa hanya dalam kalangan pemimpin akar umbi; Pemimpin yang di atas senyap. Dasar parti pun boleh diubah-ubah bagi memenuhi selera dan kepentingan semasa. Dalam keadaan seperti ini, sekutu membuli pun Pas meraikannya.
KEPIMPINAN Pas terus mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama mereka dengan membantu dan menyokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud Pas! DAP langsung tidak menghormati dan menghargai Pas. Ini membuktikan sikap cauvinistik, angkuh dan ego DAP terhadap Pas!
KEKALAHAN DAP di kubu kuat dengan calon Melayunya; adalah satu undi tidak percaya kepada kepimpinan Dinasti Lim dalam DAP. Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kekalahan ini! Tapi dua beranak ni memang samseng politik yang pekak dan sombong.
ORANG Melayu telah membuktikan mereka tidak rela diperkaldaikan oleh DAP. Orang Melayu masih mempunyai semangat nasionalisme dan keagamaan yang kuat. Sikap ini yang sepatutnya diberi fokus oleh UMNO untuk memastikan kesinambungan talian hayat politik UMNO terus kukuh untuk menghadapi PRU-14 dan menjaga negara yang kita punyai.
Sumber : Black Panther

Tiada ulasan:
Catat Ulasan