Halaman

Jumaat, September 19, 2014

Ini yang rakyat tunggu!! Adam Adli Didapati Bersalah Atas Tuduhan Menghasut





Adam Adli Abd Halim (gambar fail).

PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana  mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada tahun lepas.

Adam Adli menulis di twitternya “guity” (bersalah) tanpa penjelasan lanjut pada pagi Jumaat.
Aktivis itu didakwa kerana melakukan kesalahan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lalu.

adm


HASUTAN :ADAM ADLI DIPENJARA 12 BULAN

19 SEPT: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat mensabitkan bekas aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan, Adam Adli dihukum penjara 12 bulan selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Adam Adli sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan