Halaman

Ahad, November 23, 2014

Pujian blogger PAS terhadap MB Johor #BajetJohor2015



Rasanya ni jarang yang kita dengar...

Namun pemimpin Johor jangan perasan pulak.. sebab musuh utama politik UMNO Johor ialah DAP... bukan PAS..

PAS dengan UMNO di Johor masih ibarat keluarga mereka masih boleh menerima antara satu sama lain.. ini terbukti apabila UMNO Johor cadangkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ADUN -ADUN Pas turut menyokong... mereka masih akui bahawa UMNO Johor sentiasa perihatin terhadap rakyat Johor khasnya orang Melayu..

Lihat sahaja dalam bajet Johor 2015 yang lalu.. tiada pemimpin Melayu yang berani dan tegas untuk pertahankan perumahan dan tanah rizab Melayu sebagaimana YAB Dato' Seri Khaled Nordin buat..
Namun ini hanya permulaan.. UMNO Johor perlu terus berusaha keras untuk memastikan Johor terus kekal di tangan BN!!


Bajet JOHOR 2015 – Ana Rasa Semakin Sukar Untuk Kita Tawan Johor Bila MB Sudah Tahu Apa Yang Perlu Dibuat…
Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim, pada ana, berbelas-belas takuk lebih pandai dan bijak berbanding dengan Kedah. Ana minta maaf cakaplah, apa yang ana dengar di DUN Johor tempohari membuatkan ana lebih tidak yakin kita mampu buat apa-apa usaha politik di Johor.
Khaled Nordin ini nampak tidak bijak. Tetapi dia seorang yang sangat teratur dan berseni dalam menyusun perancangan negeri. Tidak macam anak Mantan PM yang berlagak pandai, tetapi gagal mengurus.
Pelaburan Johor, kalau nak dikira semua RM156 bilion
Pekerja – 1.827 juta orang
Projek Besar – PIPC (Pengerang)
Bandar Pendidikan – Iskandar dan Pagoh
Bioekonomi sebagai punca pendapatan baru
Contract farming (Lembu tenusu, rumput ternakan, stevia, Herba)
Program Galakan Usahawan Pertanian
Ladang Lembu Berskala Besar (Kota Tinggir, Muar dan Segamat)
Pemodalan Darul Ta’Zim
‘Rainforest to Reef’
Program makanan 15,000 orang murid sekolah agama
37,000 rumah mampu milik
Rizab Melayu
Banyak lagi sebenarnya. Tapi ana dan ADUN naik malas nak tulis. Dalam perbincangan kami, mengakui kalau tak ada skandal besar, memang susah nak jatuhkan Johor.
Ana cuma nak beri ingat pada kawan-kawan, jangan ingat nak jatuhkan Johor ini mudah. Susah. Ana dah dengar ucapan Bajet MB…ana rasa, memang jauh panggang dari api.
Baik kita fokus kepada Kedah. Lebih mudah,

lihat selanjutnya di blog berikut : Penyokong Pas

2 ulasan:

  1. Harapnya YAB DS Khaled akan pastikan projek RUMAH RAKYAT di Labis ni dll, akan memberikan KUOTA sekurangnya 65% BUMIPUTERA Islam/Melayu dan Orang Asli (kerana Melayu majoriti Bumiputera terbesar).

    Yg. aku risau kalau Bukan Bumiputera akan menggunakan peluang subsidi utk. bina RUMAH RAKYAT - tapi kuota Bumiputera rendah mcm. biasa (dan pastikan kuota Bumiputera ini tidak boleh lansung dijual/disewa kpd. Bukan Bumiputera; dan kuota yg. Bukan Bumiputera, tidak boleh disewa/dijual kpd. warga asing termasuk GENG-BERPULUH pekerja asing - kerana Rumah Rakyat diSUBSIDI dari K'jaan mengikut KONTRAK)

    Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/465-unit-rumah-rakyat-bakal-dibina-1.28482 , 465 unit rumah rakyat bakal dibina, 24 November 2014:

    LABIS 23 Nov. – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerusi anak syarikatnya SPNB Idaman Sdn. Bhd. (SISB) de­ngan kerjasama ke­rajaan negeri akan membangunkan projek perumahan Ru­mah Idaman Rak­yat di Desa Temu Jodoh, Chaah dekat sini.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, projek itu menawarkan sejumlah 465 unit kediaman kepada penduduk di sekitar Labis dengan harga antara RM80,000 sehingga RM250,000 dibina di atas tanah milik SPNB seluas 21.027 hektar.

    “Daripada jumlah ter­sebut, sebanyak 88 unit adalah rumah teres setingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi, 119 unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,080 kaki persegi, 207 rumah teres dua tingkat seluas 1,540 kaki persegi dan 24 unit kedai kos sederhana seluas 1,200 kaki persegi.

    “Harga jualan yang ditawarkan adalah berasaskan harga bangunan sahaja dan tiada sebarang kos tambahan terhadap kos tanah serta kemudahan infrastruktur lain seperti padang permainan, jalan, taman serta padang permainan dan surau yang ditanggung oleh pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Rakyat di Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini hari ini.

    Menurut Tee Yong, projek yang akan dibina secara berperingkat dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 36 bulan itu memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk belia untuk memiliki kediaman sendiri.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, Rumah Idaman Rakyat bukan projek tunggal di sini dan perancangan sedang dibuat untuk membangunkan satu lagi kawasan kediaman pada masa akan datang dengan lokasi strategik telah dikenal pasti.

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. PEMBETULAN: (perenggan pertama dan kedua)

    Harapnya YAB DS Khaled akan pastikan projek RUMAH RAKYAT di Labis ni dll, akan memberikan KUOTA sekurangnya 65% BUMIPUTERA Islam/Melayu dan Orang Asli (50% kpd. Melayu, majoriti Bumiputera terbesar).

    Yg. aku risau kalau Bukan Bumiputera mungkin akan menggunakan peluang subsidi utk. bina RUMAH RAKYAT - tapi kuota Bumiputera rendah (dan pastikan kuota Bumiputera ini tidak boleh lansung dijual/disewa kpd. Bukan Bumiputera; dan kuota yg. Bukan Bumiputera, tidak boleh disewa/dijual kpd. warga asing termasuk GENG-BERPULUH pekerja asing - kerana Rumah Rakyat diSUBSIDI oleh K'jaan mengikut KONTRAK.

    Makcik Sambal Belacan.


    BalasPadam