Halaman

Ahad, Disember 14, 2014

DAP terus kritik Hudud PAS!!

Persidangan DAP 2014 membuka dengan nada mengkritik usaha untuk memperkenal undang-undang berasaskan agama di negara ini, ketika tiada wakil kanan PAS hadir dalam acara itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.

Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin Ali, yang juga menteri besar Selangor.

Ps; apa pulak kata PAS.. jangan diam jek PAS macam tak de teloq.. kikiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan