Halaman

Ahad, Disember 14, 2014

Madu Erma Fatima Timang Cahaya Mata

“Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” itu tulisan Erma Fatima di akaun Instagram beliau hari ini sebagai menyambut kelahiran anak kepada madunya, Aida.
Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih sebaik baik wanita di mata Allah.
Aida, Madu Erma Fatima Selamat Timang Cahaya Mata - ROTIKAYA
Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida & Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti gembira dengan kelahirannya.
“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi. 

sumber: Rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan