Halaman

Ahad, Januari 04, 2015

Apa sudah jadi pada rakyat Malaysia??


BERITA TAK BETUL PERCAYA.. BERITA BETUL DIPERSOAL..

Musim banjir ini kita bukan sahaja melihat rakyat menjadi mangsa banjir.. tetapi rakyat juga menjadi mangsa penipuan melalui media sosial.

Media sosial kini yg berada di hujung jari kini menjadi alat pihak tertentu menabur cerita2 palsu. Lihat sahaja apa yang berlaku pada rakyat Malaysia dengan cerita2 di bawah ini:

Mayat bergelimpangan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bangunan sekolah runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Beratus mayat di Hospital USM - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Ada orang halang bantuan untuk mangsa banjir - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan mangsa banjir dilekat dengan label BN - terus percaya tanpa minta kesahihan..

10 orang sekeluarga mati dalam rumah - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sukarelawan tarik diri - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Surat dari anggota tentera yang menyatakan kebuluran kerana bantuan tidak sampai - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Gambar budak mati akibat bumbung runtuh - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Empangan Thailand yang melepaskan air ke Malaysia - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sukarelawan ditahan dari memasuki kawasan banjir untuk menghantar bantuan makanan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Kerajaan tiada duit untuk urus bencana & isytihar Darurat - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Puisi 'Tidurlah Sayang' dari Ibu Darwish - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Sewa helikopter tentera RM4500 untuk hantar bantuan - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Syarikat Oil & Gas panggil pulang kerana Ribut Taufan Jangmi - terus percaya tanpa minta kesahihan..

Satu sahaja yang Rakyat Malaysia tanya kesahihan..iaitu Buka Sekolah ditangguh seminggu.. Pakat tanya

"Betoi ka cuti sekolah tambah seminggu lagi?"

Oh Rakyat Malaysia!

1 ulasan:

  1. Biasa lah orang kita ni, suka kena tipu, sebab tu banyak skim cepat kaya subur di negara ini. Silih berganti, tetap ada yang percaya , malas nak buat kajian, ini lah akibatnya.

    BalasPadam