Halaman

Ahad, Mac 08, 2015

Anak Johor diberi peluang berbakti untuk Johor - MB Johor


Setelah 45 tahun usia penubuhan Johor Corporation mulai tahun 2015, Johor Corporation mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pembinaan modal insan buat pertama kali. JCorp melatih seramai 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik di firma-firma perakaunan terbaik di dalam dan luar negara. Inisiatif ‘JCorp Chartered Accountancy Program’ (JCAP) ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 7.2 juta.
Muafakat antara Johor Corporation dengan firma-firma terkemuka serta badan-badan tauliah seperti ini,merupakan contoh suatu pendekatan yang segar dan inovatif yang menjadi platform baharu kepada para graduan dalam bidang perakaunan mendapatkan kelayakan pentauliahan. Kita perlu melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.Terima kasih juga saya ucapkan kepada firma-firma perakaunan serta badan-badan tauliah di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Johor Corporation
Inisiatif JCAP ini adalah salah satu daripada strategi Johor untuk memastikan anak-anak Johor yang berbakat,berminat untuk tinggal dan kekal berbakti kepada tempat kelahiran mereka ini, dengan insentif dan imbuhan yang kompetetif. Menggilap minda dan kemahiran profesional anak-anak Johor bukan lagi suatu pilihan.Sebaliknya, ia adalah satu keperluan mendesak yang tidak boleh sama sekali kita pandang enteng. Kita tidak mahu golongan profesional tempatan yang berbakat dan berpotensi besar berhijrah keluar negeri dan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan