Forum sehari ini diadakan bertujuan membentuk hala tuju industri air negeri Johor ke arah lebih mapan dan berdaya maju seiring dengan perkembangan pesat pembangunan di negeri Johor. Dalam masa yang sama juga forum ini turut memberi pendedahan tentang peluang-peluang yang ada dalam industri air di negeri ini. Selain daripada itu, Johor Water Forum 2015 juga merupakan medan memperkukuh koordinasi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dalam menghadapi cabaran pengurusan sumber air pada masa hadapan.
Johor Water Forum 2015 mengumpulkan pembuat dasar, para profesional, dan ahli akademik serta delegasi antarabangsa bagi bersama-sama membincangkan dan mencapai resolusi bagi berhadapan dengan cabaran masa hadapan isu air di negeri Johor.
Adunan pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam Johor Water Forum 2015 ini dijangka akan mencorakkan perubahan baharu dalam industri air di Johor ke arah kelestarian dan kemapanan bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang.
mmg BIJAK..ketika penduduk di kawasan pasir gudang dan sekitarnya dicatu airnya..kerajaan johor telah menaikkan tarif air..mmg BIJAK..sepatutnya selesaikan permasalahan air selepas itu baru naikkan tarif air.
BalasPadamForum naikan air.. hahaha.. org da tau wayang nye.. cayala
BalasPadam