Halaman

Rabu, April 16, 2008

Permuafakatan Melayu ke manakah hala tuju

Baru-baru ini banyak kedengaran tentang desakan untuk permuafakatn Melayu khasnya melibatkan pemimpin parti-parti politik utama bangsa Melayu seperti UMNO dan PAS. Namun kalau dilihat hanya akhbar arus perdana sahaja yang membangkitkan isu ini. Amat malang akhbar-online lain seperti harakah daily, malaysia kini, blog-blog pro pembangkang tidak langsung menyentuh tentang isu ini.

Ianya amat jelas bahawa pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk bermuafakat demi kepentingan Melayu. Mungkin antara pandangan mereka ialah:
1) Inilah masanya untuk mereka berkuasa tanpa UMNO.
2) UMNO dalam keadaan sangat lemah dan tidak diperlukan.
3) Rakyat telah menolak UMNO dan BN
4) Permuafakatan dengan UMNO hanya merugikan mereka.

Permuafakan Melayu hanyalah mimpi indah bangsa Melayu, namun dari segi realitinya ianya sesuatu yang dianggap mustahil dan sukar di capai. Sebenarnya terdapat juga di kalangan orang Melayu yang menggap keadaan ini tidaklah kritikal sangat bagi orang Melayu sebab dari hakikatnya kerusi Melayu masih banyak lagi di Dewan rakyat berbanding dengan kerusi bukan Melayu. Selain itu kerusi yang majoriti Bangsa Melayu hakikatnya lebih banyak daripada kerusi yang majoriti bukan Melayu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan