Halaman

Khamis, Oktober 16, 2008

HINDRAF : PERTUBUHAN EKTREMIS DAN PERKAUMAN

Perjuangan perkauman melampau seperti HINDRAF mestilah ditolak. Setelah 50 tahun merdeka namun terdapat pihak yang masih belum memahami erti kemerdekaan. Terdapat kumpulan tertentu yang memberi makna kemerdekaan mengikut fahaman sempit mereka sendiri. Mereka menimbulkan rasa gelisah di kalangan masyarakat dan cuba menimbulkan ketegangan kaum di dalam Negara ini. Kumpulan ini, bukanlah mereka yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan apatah lagi mengalami pahit getir perjuangan kemerdekaan. Mereka adalah kumpulan ekstrimis dan melanggar sosio budaya masyarakat Malaysia yang penuh rasa hormat dan cintakan keamanan.

Samada HINDRAF, SUQIU, BERSIH atau mana-mana pihak yang lain yang kononnya berjuang untuk menuntut matlamat sempit mereka sebenarnya adalah pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan emosi orang lain. Mereka menafikan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara majority dan sebenarnya bukanlah orang sesuai untuk bercakap dengan keadilan dan ketelusan. Kerana tangan mereka sendiri yang akan menghancurkan negara ini sehingga meletusnya pergaduhan diantara kaum dan benih-benih kebencian. Kemarahan ini semakin nampak dengan ketara kerana perasaan dan emosi setiap kaum telah di ‘provokasi’ dengan perkauman dan agama.

Walau apa-pun tuntutan mana-mana pihak terhadap kerajaan perlu mengambil kira sensitivity dan perasaan kaum lain. Mana-mana pihak yang mendakwa mewakili mana-mana pihak samada kaum atau agama perlu menghentikan perkara ini serta merta. Kerana agenda mereka ini bukanlah agenda majority sesuatu kaum atau agama seperti kaum India dan Hindu tetapi hanya agenda peribadi individu atau kumpulan tertentu.

Rakyat mengetahui sebenarnya niat HINDRAF ini dan apakah yang tersirat?. mereka mahukan negara ini berlaku seperti di Pakistan dan Filipina sehingga menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum. Mereka mahukan demonstrasi jalanan dan bertindak ganas. Mereka sengaja minta bantuan luar. Kenapa perlu semua tindakan ini?. Di Manakah HINDRAF sebelum ini ketika kaum India betul-betul memerlukan bantuan?. Siapakah yang sebenarnya membantu kaum India dan mengangkat martabat mereka?. Cuba lihat pada sejarah!!

Semua persoalan ini ada jawapan dan kita mengetahui jawapannya. HINDRAF ialah sebuah pertubuhan haram Malah tiada satu jasapun yang telah ditabur. Tetapi HINDRAF hanya satu kumpulan pertubuhan yang ekstrimis yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di negra kita. Oleh itu kita mesti tegas, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian mesti menolak HINDRAF bukan atas dasar emosi, bukan bias mengikut kaum dan agama, tetapi atas dasar akal fikiran mereka yang waras, berpegang atas akar budaya dan sejarah negara dan cintakan keamanan dan keharmonian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan