Halaman

Khamis, Oktober 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%


Penduduk Ipoh mungkin terkejut tetapi MB Perak dan Ahli Exconya mungkin tidak terkejut. Inilah antara cadangan hadiah kerjaan baru Pakatan Pembangkang kepada rakyat PERAK. Namun mungkin selepas ini akan berlaku setiap pihak menyalahkan antara satu sama lain dan akhirnya korban adalah Yang di Pertua atau Pengerusi MBI. Mungkin ini taktiknya untuk singkirkan lagi aggota MPI. Sebagaimana kita lihat isu kuil dirobohkan di Ampang baru-baru ni.

Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

3 ulasan:

  1. tunggu. sama-sama kita lihat apa reaksi nizar tentang cukai yg baru ni. siapa kah yg kena kali ini?

    BalasPadam
  2. nak tau gak apa rasionalnya kenaikan cukai tersebut.

    BalasPadam
  3. Kita tunggu sahaja... apa permainan kerajaan negeri ni.

    BalasPadam