PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.
beer alcohol banAhli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.
"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," kata Tony.
"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."
Kata Aspirasi : Ini semua lakonan PAS yang semakin terdesak untuk mempertahankan imejnya setelah sekian lama dicalari oleh DAP. Macam biasa bagi pakatan pembangkang bercakap depan lain dan bercakap di belakang lain.
Rakyat Selangor sedang menunggu Pas untuk menutup kilang arak di Shah Alam dan PJ.
BalasPadamSelamat berjuang blogger BPN.
Taminsari
belantan.blogspot.com
Bersatu untuk menghapus kebatilan....
BalasPadamMeniti perjuangan yang penuh mencabar
BalasPadamApabila kita memilih untuk berada dalam gerakan Islam kita perlu yakin bahawa kita telah memilih jamaah yang benar. Kita perlu turut yakin bahawa bahtera yang kita naiki ini pasti menempuh dan ditempuh pelbagai gelombang dan ribut taufan, yang pentingnya lantaran kebenarannya maka kita perlu cekal, kalaupun mabuk laut dan pening-pening, lemah dan tak bermaya, angkara berada di atasnya, kita perlu perkuatkan azam dan bersabar, kerana destinasi yang dituju lebih besar dari segala-galanya.
Presiden PAS selalu berpesan, kalau di atas bahtera itu, kita berada di perut kapal dan kita keputusan bekalan air, jangan kita tebuk lantainya. Kelak kerana mahu mengubati haus, bukan hanya kita malah seluruh anak kapal akan ditimpa musibah.
Kadang-kadang ketika berseorangan terlintas juga di kepala perasaan lemas berada dalam jamaah ini, tekanannya terlalu kuat, cabarnnya tajam dan menusuk, tetapi syukur kerana para sahabat sentiasa ada untuk memberikan motivasi, semangat dan memupuk kesabaran. Kita perlu terus berkelompok dan bergerak dalam satu jemaah pada tiap waktu dan ketika.
Begitulah juga dalam membuat dan menerima keputusan. Kita berada dan dipandu dalam suatu qiyadah jamaiyah, kepimpinan berjemaah (bukannya kepimpinan individu), apa sahaja ditentu dan diputuskan secara berjemaah. Susah atau senang kita menongkahnya bersama dalam satu jemaah. Sebagai makhluk Allah kadang-kadang kita berbeza pandangan, tetapi adab berjemaah menuntut kita mematuhi keputusan syura’.
Kita semua menambat diri kita dengan keihklasan apabila bersetuju berada dalam jamaah ini. Al Quran dan Sunnah kita letakkan sebagai panduan dan hukum tertinggi kita, Allah, Rasul Nya dan orang-orang beriman dikalangan kita adalah pemimpin-pemimpin kita. Selagi mana pemimpin yang ada tidak membawa kita ke lurah maksiat dan mengingkari hukum dan peraturan Allah, maka adab berjemaah menuntut kita memberi wala’ kepada mereka.
Dalam susah dan dalam senang bersabarlah kita. Kadangkala keputusan dan apa yang diputuskan terlalu berat untuk diterima, tetapi pasti jika ia keputusan jemaaah, pasti ada manfaatnya, dan wajarlah kita akur. Mudah-mudahan kita semua terus berada di bawah redha dan perkenan Allah swt. Doakanlah agar jamaah ini terus kekal di atas jalan yang lurus. Semoga Allah swt melindungi kita dari muslihat dan kerja-kerja jahat musuh.
Allah swt berfirman:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
(al Khaf:28)
kemaskini 2:13pm Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.
BalasPadamIa telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.
Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.
Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.
Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.
Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam - akan disemak semula.
"Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.
Bagaimanapun, kata sumber, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.
Semakan semula lesen itu akan mempertimbangkan faktor lokasi tempat ia beroperasi dan maklum balas orang awam.
Perkara itu didakwa telah ditimbulkan pertama kali kira-kira dua bulan sebelum penerimaan cadangan itu penghujung bulan lalu untuk tujuan memperincikan cadangan dalam sebuah bentuk dokumen yang lebih terperinci.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan penerimaan majlis itu terhadap cadangan yang dikemukakan seorang ahli majlis itu.
Katanya, beliau difahamkan, perkara itu telah dibincangkan dan diterima oleh wakil DAP sendiri. Cuma, tambahnya, terdapat sebahagian daripada ahli majlis daripada kalangan PKR yang menentang cadangan itu.
Bagaimanapun, Khalid berkata, setakat yang beliau tahu, PAS tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya mengemukakan permohonan membataskan penjualan minuman keras di negeri itu.
"Perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat parti," katanya yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS yang baru digugurkan minggu lepas.
Ditanya tentang desas-desus seorang ahli majlis PAS yang akan membentangkan cadangan itu dalam mesyarat Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini, Khalid berkata, perkara itu mungkin terilham daripada kejayaan membawa usul itu di MBSA.
Seorang ahli majlis di MPK yang juga ahli PAS Kota Raja dijangka membentangkan cadangan pembatasan jualan minuman keras di kawasan perbandaran berkenaan hari ini.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, sehingga tamat mesyuarat pada tengah hari tadi, cadangan itu tidak dibuat.
Mengulas lanjut isu tersebut, Khalid menegaskan, apa yang dilakukan ahli majlis PAS itu “hanyalah cadangan dan bukannya tuntutan”.
Beliau berkata, ia dikemukakan bertujuan mengawal masalah sosial seperti alkoholisme yang menular di kalangan anak muda.
Katanya lagi, cadangan itu bukanlah sebahagian daripada usaha PAS menerapkan nilai-nilai Islam di negeri itu, sebaliknya bertujuan memberikan faedah kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan agama masing-masing.
Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud "pengharaman penuh", sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu sahaja.
"Kalau kita lihat, 7-Eleven, misalnya, merupakan pengenalan pertama alkohol kepada orang muda," katanya.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Sharir ketika dihubungi menafikan terdapat "rancangan kedua" (plan B) PAS untuk membataskan penjualan alkohol di negeri itu setelah gagal diterima dalam mesyuarat exco negeri itu bulan lepas.
"Tidak ada plan A atau plan B. Tidak ada pelan," katanya, apabila diminta mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang menyebut PAS merancang membataskan jualan alkohol di seluruh Selangor.
Roslan, juga setiausaha akhbar kepada presiden PAS berkata, cadangan itu tidak dibincangkan di peringkat parti dan jika ada, ia inisiatif peribadi ahli majlis PAS sendiri.
Mengulas laporan cadangan exco agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali yang dilaporkan ditolak oleh mesyuarat exco Selangor, Roslan berkata, tokoh PAS itu cuma ingin kerajaan melaksanakan apa yang sudah termaktub dalam enakmen jenayah syariah Selangor 1995.
Beliau juga menyelar pihak yang membocorkan keputusan mesyuarat tersebut kerana menurutnya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri merupakan rahsia.
Beliau berkata, cadangan itu bukanlah pengharaman tetapi membataskan jualannya kepada orang Islam.
"Kelantan pun tidak haram. Cuma tidak boleh beli, minum di tempat terbuka," katanya.
PAS dan DAP bertelagah tentang arak itu adalah pekara yang perlu diberi perhatian. Bukan nak menangkan pada mana-mana pihak tapi kita kena tahu bahawa arak juga perosak kesihatan seperti rokok.
BalasPadamPas cuba mencegah penggunaan arak sebagai minuman untuk hiburan dikalangan rakyat khasnya orang yang beragama islam dan ditujukan juga kepada orang berbangsa melayu adalah tindakan yang betul.
Dan jika DAP ingin terus berdengung dengan arak atas alasan mereka berhak menikmati air tersebut kerana bangsa dan agama mereka membenarkan mereka meminumnya maka ianya juga perlu diberi kelonggaran sebagai satu dasar tolak ansor antara kaum. Biarkan mereka mabok dan tersungkur ditepi parit.
Pekara ini adalah pekara mudah untuk diatasi. Jangan dikusutkan fikiran sehingga menimbulkan kesusahan untuk menyelesaikannya.
Orang Islam, berbangsa melayu hendaklah menjaga akal fikiran nya sentiasa dalam keadaan waras..
kamu yang telah ditakdirkan dilahirkan sebagai khalifah ALLAH wajib ingat janji kamu ketika dialam sulbi...ingat baik baik janji kamu di depan RABBUL JALIL yang kamu akan turut dan patuh segala tuntutannya dan meninggalkan segala larangannya seboleh yang mungkin samaada suka ataupun terpaksa....................Wahai kaum Muslimin! Setakat ini hukum Islam tidak pernah dicadang untuk diterapkan apabila membincangkan setiap masalah. Walhal inilah penyelesaian yang haikiki. Malah, apa yang menyedihkan kita ialah jika pun ada cadangan untuk menerapkan hukum Allah ini, para pemimpin dan mereka yang cintakan sekular terus tidak bersetuju, mempertikaikan, mengkritik bahkan ada yang menolak mentah-mentah. Walhal apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh ke arah penerapannya secara kaffah, bukan mempertikaikannya. Sekiranya mereka tidak faham sekalipun, apa yang wajib mereka lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh memahaminya untuk kemudian mengamal dan menerapkannya. Jika untuk hukum kufur mereka boleh dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mempelajarinya, menggubal, membahaskan dan menerapkannya, kenapa tidak untuk hukum Islam?
Wahai kaum Muslimin! Kalian benar-benar memerlukan sebuah negara bagi menerapkan hukum Islam ini. Selagi tiadanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan hukum-hukum Allah secara kaffah di dunia ini, selagi itulah kita akan menyaksikan masalah kehidupan yang bertali arus, yang tiada kesudahannya. Hanya mereka yang memiliki ketakwaan yang tinggi sahaja yang akan sanggup bergadai nyawa untuk mengenggam hukum Allah ini, walaupun ia umpama mengenggam bara api. Bagi para pelaku maksiat yang tidak memiliki ketakwaan ini, maka golongan ini hanya boleh diubah dengan adanya sebuah sistem yang datangnya dari Allah yang akan mengubah mereka. Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah (Khilafah) yang akan menghukum mereka (yang akan meluruskan semula mereka). Semoga kekuasaan (Khilafah) ini segera muncul dan akan meluruskan semula manusia dengan Al-Quran serta mengembalikan kehidupan Islam sama ada di dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan juga bernegara. Insya Allah.
Di harap ruang ini dpt menjadi wadah di antara kita utk membuka minda & hati agar segala sesuatu yg bakal di pertanggungjawabkan ke atas kita kelak tidaklah suatu musibah yg ammat sengsara..dan ingatlah tidak, walau sekecil mana sekalipun pun sesuatu perkara itu, ianya akn tetap di persoalkan di hadapan ALLAH..
BalasPadamSaya dan Aspirasi Bangsa juga tidak akan terlepas drp nya..Cuma bagi saya apa jua yg dilakukan haruslah menjadikan MARDHATILLAH itu suatu keutamaan,pada saya apa cuba di lakukan oleh PAS(tanpa kepentingan di sini)di selangor ini adalah suatu permulaan yg baik ke arah menjaga rakyat negeri ini,terutamanya jenerasi mudanya,jenerasi muda ini adalah asset kpd sesebuah negara/negeri..
Pada saya,yg lebih penting adalah akibat baik yg mungkin akan hadir dengan adanya usha ini, ya' mungkin ianya kecil pada sesetengah orang,namun ianya tetap suatu usha di mana sebelum ini kita langsung tidak pernah mendengar adanya usha2 sebegini..
Comment yg di lontarkan oleh en.kifli,pada saya adalah sesuatu yg bersifat ilmiah dan ianya tak harus di sangkal dengan hujjah yg bersifat memehak dan emosional, ianya dilihat begitu bersifat jujur di dalam jamaah mereka dan bagaikan selari dgn sirah nabawi,ianya juga telah mengubah persepsi saya yg sebelum ini mempunyai tanggapan saya sendiri terhadap PAS dan ahli2nya..
Terima kasih kepada pembuka ruang ini kerana telah menyedarkan saya tentang usha kecil mereka, usha yg pada saya ianya tetap akan di nilai di hadapan ALLAH kelak..
Persoalannya adakah sejauh PAS mampu bertahan atas desakan DAP?....
BalasPadamKerana sehingga kini PAS akan berundur jika didesak DAP.....
Namun usaha yang PAS buat ini sebenarnya telah dibuat oleh kerajaan dulu ianya hanyalah kesinambungan semata-mata....
i. Masalah arak pun dah kantoi, bagaimana nak tubuh Negara Islam.
BalasPadamii. PAS terlalu kecil bagi DAP, betullah kata orang, PAS hanya parti menumpang atau parti kelas ke 3.
iii. Hairan! PAS terlalu takut dekat DAP, maknanya PAS dan PKR ni bonekalah ye!.
iv. Kadang-kadang rasa simpati juga dekat PAS sebab setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka. Kalu macam tu baik chow aje dari Pakatan Rakyat, baru DAP tahu tinggi atau rendahnya langit.
v.Tony Pua menyifatkan "Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang". Jelas di sini betapa beraninya DAP tetapi malang bagi PAS kerana penakut.
Biasa laa tu PAS cuma berani buat cadangan lepas tu bila kena gertak sikit dah kelam kabut dan mula kata tersilap..serupa jugak dengan ususl minta haramkan sister islam tu ..punya gelabah kata tersilap tak semak ngan teliti...kah kah kah..mana pegi pemerintahan islam tu dan hukum hudud tu...sekarang dah tukar jadik pas 4all....ciannya penyokong PAS yang tolol belaka dan terlalu taksub kepada pemimpin ...rela diperalatkan..
BalasPadam