Halaman

Rabu, November 26, 2008

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.

Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.

Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.

Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.

Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?

Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.

Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu.

Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

dap abolish isa forum 230908 khalid samad 02Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.

Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.

Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.

Artikel Berkaitan :

Apakah Pas menuju pertarungan hebat
Pas mula mencantas puak erdogan
Dr Shafie Khalid digugur kerana rapat dengan PKR


2 ulasan:

  1. YA ALLAH YA TUHAN KAMI
    AMPUNKAN DOSA PAS DAN PKR
    JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
    JANGANLAH KAU PERCIKKAN MEREKA DENGAN ULAR BESAR
    JANGANLAH KAU LIBAS MEREKA DENGAN RANTAI BERAPI
    JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
    MEREKA ITU BODOH DAN SOMBONG DI DUNIA
    MEREKA MENJUAL AGAMA MU MENGIKUT SUKA HATI MEREKA
    JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
    MEREKA MENJUAL 'ALLAH' DEMI MENGEJAR PANGKAT DUNIA
    DIA YANG AKU MAKSUDKAN KHALID SAMAD DAN ANWAR DURJANA
    AMPUNKAN DOSA MEREKA
    JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

    BalasPadam
  2. Buat Saudaraku Dr Hasan Ali , & penulis blog rahma,ahchong,muniandy.

    Saudara Dr. Hassan Ali, Satu soalan saya tujukan tepat pada saudara kenapa telah jauh menyimpang pendirian saudara yang hebat berceramah & berqiamullail di Affin bank dulu. Ingatkah Dr insan yang menjemput dan mengambil saudara bagi tujuan tersebut. Kata-kata saudara cukup bersemangat atas dasar Islam & Melayu, tetapi kini layu dan jauh menyimpang bila dah ade kuasa. Anta memang ikut telunjuk Anwar walupun didalam Pas. Lain di Ucap lain di buat sekarang, atau in adalah ujina yang ALLAH turunkan agar saudar sedar sebelum terlambat. Kenapa ANDA pun terikut-ikut dengan cara berpecah belah? Saya sedih ANDA telah jauh menyimpang dari konsep KeIslaman yang Hakiki. Anda lebih menjurus kepada Konsep Islam PAS, yang mungkin salah satu ranting daripada 70 jenis ranting Islam yang TIDAK diterima oleh ALLAH. Kenapa? sebabnya ISLAM PAS ANDA berbaur pendekatan jumud dan mengkafirkan saudara SeIslamnya dan suka berpecah belah dan tidak berhemah dan juga mencarut. Wak aku ki wong Jowo koyo riko gak, Ojo malue wong jowo lar, wong jowa ki manut ambik pemerintah neng terus-terusan jogo ISLAM. Ake gak faham lar riko ki kok jadi koyo ngene? Jajal mbok istifar & kepie to orak musabahah ker, tapi alim lo, nopo jadi koyo ngene, taubak lar wak, ojo kepancang sehorong malaikat maut jokok kito lo!. Wes lar kesyuwon!. Amin.

    BalasPadam