Halaman

Isnin, Disember 01, 2008

Alahai Fairus... Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni...

"Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni, dia dah melampau ni,".. inilah antara kata-kata seorang mangsa Fairus yang juga seorang korporat yang dikatakan ditipu oleh Mr Fairus ini... Tokoh korporat ini begitu kesal apabila mendapat tahu dia ditipu si budak Fairus.

Wang sebanyak RM 15,000 yang mereka sumbangkan si budak Fairus untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri DUN Penanti, yang diadakan pada 12 Oktober lalu, telah digunakan untuk kepentingan peribadi si budak Fairus-masuk koceknya. Sebaliknya perbelanjaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan si budak Fairus menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Majlis berkenaan menelan belanja sebanyak kira-kira RM16,000.

Koperat berkenaan itu juga mendakwa telah menyumbang sejumlah RM40,000 kepada si Fairus termasuk membantu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apa yang sebenarnya berlaku, si budak Fairus mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai TKM mengumpul dana peribadi daripada tokoh tertentu, dengan alasan kononnya untuk membantu rakyat bawahan. Mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat, tanpa banyak soal akan segera menghulur bantuan.

Korporat tersebut adalah salah seorang daripada sejumlah mangsa penipuan Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihaknya juga jelas korporat berkenaan sedang menimbang untuk melaporkan hal berkenaan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). "Dia juga minta kami belikan dia kereta BMW berharga RM275,000.00 di mana ansuran bulanannya kami yang tanggung.

Pendedahan seperti amat penting untuk rakyat mengetahui kebenaran tokoh-tokoh yang bertopengkan rakyat.... seperti pemimpin PKR ini. Lagi banyak pendedahan seperti ini mengenai kepimpinan PKR lagi baik. Sebelum ini beberapa orang pemimpin PKR negeri Perak dikaitkan isu rasuah duit dan rasuah seks.

Artikel berkaitan :
alahai fairus
Mangsa Fairus : Aku akan maki dan ludah muka dia
Lim: Tiada rombakan libatkan Fairus

7 ulasan:

  1. Umno BiNatang perosak bangsa, perompak harta rakyat. Beranilah untuk berubah sebelum parah. Cegah demi maruah & akidah. Kita bermula di Kuala Trengganu, lepas tu ke Pensiangan, kemudian ke Sarawak. PRU13 kita kuburkan Umno BiNatang...menguburkan United Mushrikin National Organisitition adalah menjadi kewajipan keatas setiap muslimin muslimat....Buat peringatan semua, BN kini hanya mempunyai 138 kerusi dan bakal berkurangan dari hari ke hari. Ahli Parlimen SAPP 2 orang telah menjadi MP bebas manakala kerusi Pensiangan Sabah bakal 'terlepas' jika mahkamah bebas dalam membuat keputusan, kini Kuala Terengganu menanti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menjadikan BN hanya mempunyai 136 kerusi. Nampaknya usaha yang dilakukan oleh PR untuk membentuk kerajaan bakal menjadi kenyataan sekiranya 'fenomena' seperti ini bakal berterusan sebelum PRU 13.

    "MELANGKAH KE ARAH PERUBAHAN"

    BalasPadam
  2. Ketika di Permatang Pauh dulu, kami banyak mendapat maklumat tentang Ariff Shah ini. Beliau bukan sahaja rapat dengan rakyat yang terdiri dari kalangan puak UMNO dan BN sendiri. Malahan juga beliau sering hadir dalam program anjuran Pakatan Rakyat di sana. Malah, sikap prihatin dan mesra beliau dengan rakyat disitu menyebabkan beliau disayangi oleh kawan dan lawan. Cuma masalah Ariff Shah ialah beliau kini ditentang oleh "musuh dalam selimut" yang bertujuan untuk menghancurkan karier politiknya itu. Malahan banyak sumber mengatakan pemimpin UMNO setempat banyak melakukan propaganda agar Ariff Shah tersungkur di Permatang Pauh ketika pilihanraya kecil dulu. Jentera UMNO dan BN telah ditekan dengan berbagai habuan, bagi tidak membantu Ariff Shah. Kami sempat berjumpa Ariff Shah di sana, ternyata beliau tidak sesuai lagi berada dalam parti karat itu jika ingin terus disayangi rakyat. UMNO tidak sesuai untuk orang-orang seperti Ariff Shah, maka itu elok benar jika beliau membuat keputusan menyertai PKR yang mana ini akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu secara keseluruhannya nanti. Buatlah keputusan yang terbaik demi rakyat bukannya peribadi,UMNO memang ada penyakit hasad dengki dan iri hati. Sebab itulah ahli-ahli UMNO akar umbi sendiri pun takut untuk melawat atau menghadiri apa jua majllis anjuran ahli Pakatan Rakyat hatta kenduri kahwin sekali pun. Mereka takut jika dikenakan tindakan displin. Samalah seperti Zaid Ibrahim, beliau yang diundang sebagai tetamu kehormat ke Kongres Nasional PKR itu bakal dikenakan tindakan tegas. Walhal beliau menyokong agar ISA dihapuskan, sama seperti lain-lain pemimpin Gerakan, PPP, MCA dan lain-lain komponen BN. Jika beginilah senarionya, maka kita pasti ramai ahli UMNO yang akan dikenakan tindakan oleh hanya kerana mereka hadir dalam majlis Pakatan Rakyat agaknya

    BalasPadam
  3. kifli, berapa kamu dpt bayaran ni?

    mana ada org atau parti yg bersih.
    i'm sure u are not malay.

    BalasPadam
  4. Usaha yang dilakukan oleh BUKAN BALACI UMNO dan Kifli diatas inilah yang sangat merbahaya dan bukan sahaja menengelamkan sebuah parti perjuangan bangsa, malah kaum melayu itu sendiri. Jika ini berlaku akhirnya Malaysia itu tidak akan menjadi sebuah negara syurga lagi. Kita akan berbunuhan sesama sendiri.
    Walhal jika kita semua menjauhkan diri dari mengata orang dengan cara Kifli dan BUKAN BALACI UMNO tersebut, dengan menggunkan komen yang lebih beradab sopan dan susila, barulah kita dikata melayu sejati.

    BalasPadam
  5. Mr Kifli bercakap tentang ahli UMNO yang bakal dikenakan tindakan kerana bersama di dalam majlis PKR dan saudara kifli pun terlupa Mr Zulkifli Nordin yang diminta surat tunjuk sebab dan Mr Khalid Samat yang dugugurkan dalam pentadbiran PAS selangor kerana tidak sebulu dengan kepimpinan.....

    Memang menajdi mana-mana organisasi akan membuat tindakan seruap jika ahlinya tidak mengikut aspirasi parti yang telah digariskan. Kerana apabila mereka me4masuki sesuatu parti mestilah mereka memahami tanggungjawab yang dipikul.

    Sebenarnya untuk makluman saudara kifli dan Bukan Balaci UMNO ramai yang telah keluar dari UMNO dahulu seperti Ku Li, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Kamarudin Jaafar, Mohd Ezam, Azmin Ali, Saifudin Nasution... Jika PKR ataupun PAS sangat bangga sekalipun dengan kemasukan tokoh ini dalam parti mereka,.. mereka tetap asalnya dari UMNO... Darah UMNO telah mengalir didalam badan mereka sebelum ini. Didalam UMNOlah mereka belajar berpolitik.

    Jadi PAS dan PKR tak payahlah hendak bangga kerana mereka tidak mempunyai tokoh yang dibina didalam parti mereka... semuanya berasal dari UMNO.. itulah hakikatnya... Mereka diajak masuk kerana kelemahan parti PKR dan PAS yang terdesak untuk menarik tokoh di dalam UMNO ini... Jika mereka ini kuat sudah pastinya akan menolak orang luar untuk menjadi ahli mereka patah lagi ji9ka dari UMNO... kan bangang tu namanya...
    Sebab itu timbul didalam ahli PKR sendiri sudah mula yang menghalang kemasukan ahli baru.. sifirnya senang jika makin ramai lagi masuk... maka kumpulan perinttis ini juga akan ditinggal oleh kepimpinan parti apatah lagi yang masuk mempunyai nama besar...

    Fikrlah sikit. takpayahlah nak bangga sangat dalam politik ada naik dan ada turun.... jangan angkuh dan sombong, tuhan tak suka...

    BalasPadam
  6. Entah kenapa semakin hari semakin tidak bermoral perbincangan di sini? cuma seharusnya kita berbinang dgn rasional dan ke arah positif..saudara kifli hanya menyatakan apa yg berlku di dalam golongan pencadang, sesuatu yg mungkin terlepas pandang oleh pihak mereka, namun sebagai sebuah pertubuhan yg telah lama & berpengalaman mentadbir, seharusnya ianya di terima baik..
    apa yg berlaku hari ini adalah interpritasi drp penilaian rakyat terhadap pentadbiran & urustadbir sumber negara oleh kerajaan. Oleh yg demikian,demi negara yg tercinta ini marilah kita bermuhasabah diri dan pertubuhan kita agar tidaklah kita tergolong dari kalangan mereka2 yg degil,keras kepala, memehak'assobiah', toghut'melampau'dan khianat..
    Demi kebaikan & kemakmuran negara,marilah kita berlapang dada,membuka minda dan berubah ke arah kebaikan rakyat & negara kita ini. Ingatlah apabila sesuatu kaum itu telah lama di belenggu oleh penyelewangan yg jelas, mereka akan tetap melawan dan menolak hujjah pelakunya,walau sang pelakunya cuba utk membuktikannya telah berubah seperti TN.SERI MAD TAIB..marilah kita fikirkan...

    BalasPadam
  7. Entah kenapa semakin hari semakin tidak bermoral perbincangan di sini? cuma seharusnya kita berbinang dgn rasional dan ke arah positif..saudara kifli hanya menyatakan apa yg berlku di dalam golongan pencadang, sesuatu yg mungkin terlepas pandang oleh pihak mereka, namun sebagai sebuah pertubuhan yg telah lama & berpengalaman mentadbir, seharusnya ianya di terima baik..
    apa yg berlaku hari ini adalah interpritasi drp penilaian rakyat terhadap pentadbiran & urustadbir sumber negara oleh kerajaan. Oleh yg demikian,demi negara yg tercinta ini marilah kita bermuhasabah diri dan pertubuhan kita agar tidaklah kita tergolong dari kalangan mereka2 yg degil,keras kepala, memehak'assobiah', toghut'melampau'dan khianat..
    Demi kebaikan & kemakmuran negara,marilah kita berlapang dada,membuka minda dan berubah ke arah kebaikan rakyat & negara kita ini. Ingatlah apabila sesuatu kaum itu telah lama di belenggu oleh penyelewangan yg jelas, mereka akan tetap melawan dan menolak hujjah pelakunya,walau sang pelakunya cuba utk membuktikannya telah berubah seperti TN.SERI MAD TAIB..marilah kita fikirkan...

    BalasPadam