Setelah projek 16 September 2008 gagal kini PKR menyeru ahli-ahlinya dan orang ramai tetap optimis dengan usaha parti itu membentuk kerajaan baru persekutuan seperti sedang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai rakyat negara, saya berkata "cukup cukuplah, jangan bohong rakyat lagi!". Rakyat telah puas dibohong dan ditipu oleh PKR dengan dunia fatamorgana mereka. Berapa kali lagi rakyat akan ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin PKR. Rakyat mengetahui bahawa projek 16 September hanyalah sebagai laluan Anwar untuk memenangi Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan tidak lebih dari itu. Tiada harapan baru, tiada kerajaan baru semuanya hanyalah pembohongan semata-mata demi Anwar Ibrahim, isteri dan anak beranak...
Cukuplah maruah dan martabat Melayu dan Islam digadai, cukuplah orang Melayu dan Islam diperbodohkan dan telah sampai masanya rakyat menolak mereka dan mengambil iktibar dari negeri Pakatan Rakyat. Mereka menjolok satu tetapi mengambil 10 dari rakyat... Tiada satupun masalah rakyat khasnya demi bangsa Melayu yang telah diselesaikan bahkan harga sewa rumah semakin meningkat dan perkhidmatan yang semakin buruk diterima oleh rakyat. Suara rakyat tidak didengari lagi oleh pemimpin PKR.
Rakyat negara ini rakyat yang matang dan bukan mudah untuk ditipu oleh pemimpin PKR yang jelas tindakan bertentangan dengan sistem demokrasi negara ini. Rakyat telah memutuskan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Adakah PKR akan membelakangkan suara rakyat dan menipu rakyat sepanjang masa.
UMNO adalah parti yang bertanggungjawab merosakkan sistem beraja di negara ini. Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad telah menggunakan kuasanya untuk menghapuskan imuniti dan hak-hak keistimewaan raja-raja. Ini menyebabkan, Perdana Menteri mempunyai kuasa yang cukup untuk menekan istitusi itu dalam apa jua keadaan sekali pun. Justeri itu langkah yang diambil oleh PKR ini diharap dapat memberi kepercayaan rakyat kepada parti itu yang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan martabat mereka yang telah diperlakukan sewenang-wenangnya sebelum ini.Keyakinan Anwar ini adalah bersandarkan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dari kalangan warga Sarawak. Tambahan pula dengan kemasukan 12,000 rakyat Sarawak ke dalam PKR baru-baru ini. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu semakin diterima. Jika senario ini terus berlaku maka harapan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menarik lebih ramai ahli baru ke dalam PKR dalam tempoh terdekat ini. Semoga harapan untuk menakluki Sarawak dalam pilihanraya negeri sekitar tahun depan dapat dilaksanakan sebagai pemangkin kejayaan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya pada masa akan datang,Nampaknya berita ini pasti memanaskan telinga para pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain. Mereka kini ditentang dari segenap arah oleh parti kompnonen mereka. Jika dilihat senario semasa kini UMNO ditentang oleh PPP dan Gerakan menerusi isu ISA, dan terkini ditentang pula oleh MCA menerusi isu ketuanan Melayu. Walhal kedua-dua isu itu dimulakan dan dimainkan oleh mereka sendiri. Inilah padahnya bila buat tindakan tanpa usul periksa. Akhirnya apa yang dicanang-canangkan bukan sahaja ditolak oleh rakyat malah kroni sendiri
BalasPadamPakatan Rakyat yang perlu cermin diri dahulu... mereka sendiri tidak ada pendirian yang sama mengenai sesuatu perkara...
BalasPadamPAS kata lain, PKR kata lain dan DAP kata lain..
Masing-masing hendak jadi no1 dalam pakatan Rakyat.
Kita tahu semua terdesak hendak mendapatkan sokongan PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, PPP dan Gerakan.. semua tidak konsisten hari ini cakap lain esok cakap lain... macam mana hendak memimpin. UMNO sahaja yang konsisten dan jelas tentang perjuangannya.
sudahlah main mcm ni..
BalasPadamnanti rakyat pun pening :-)
Tapi saya rasa rakyat buat tak tahu je ;-)
Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama ini dengan sendirinya mencemar Islam. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat secara umumnya malah dengan kelakuan bejat rasuah itu, mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.
BalasPadamRealiti di atas menunjukkan bahawa politik wang adalah satu perkara yang menjadi amalan darah daging dalam UMNO yang sukar dibanteras dan semakin parah dari masa ke semasa. Ini adalah kerana sikap materialistik yang ditinggalkan oleh penjajah Kapitalis yang menjadikan pemimpin UMNO pun bagaikan Kapitalis yang rakus mengejar pangkat dan kekayaan. Yang menjadi parah lagi apabila persoalan ini dianggap sebagai masalah ‘disiplin parti’ sahaja bukannya masalah ‘melanggar hukum syarak’. Inilah yang sering ditekankan oleh UMNO, bahawa gejala rasuah atau lebih dikenali sebagai ‘politik wang’ hanyalah merupakan masalah ‘disiplin parti’ semata-mata......Sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 24 November lepas, usaha membanteras gejala politik wang dalam UMNO adalah satu proses yang memerlukan keazaman politik dan secara realistiknya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diminta mengulas komen bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu politik wang dalam parti itu, Najib percaya beberapa langkah tambahan dapat diperkenalkan untuk membanteras gejala politik wang dalam pemilihan UMNO.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd. Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelum tindakan dikenakan terhadapnya.
Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada UMNO.
“Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. kata Muhyiddin,
Ini betul punya sifat syaitan iblis yang bermaharajalela dalam hati perut Tan Sri Muhyiddin. Orang UMNO memang tidak habis-habis suka melaga-lagakan rakyat. KeADILan begitu terbuka menerima kehadiran sesiapapun dalam Kongresnya.
UMNO lah parti yang amat TIDAK SUKA MELAYU BERSATU. Ucapan dan seruan pemimpin UMNO tentang penyatuan Melayu adalah PERSUNDALAN BAHASA semata-mata.
Datuk Zaid Ibrahim hadir ke majlis kami atas dasar persahabatan dan persaudaraan Islam, salah ke??. Kehadiran itu pun pemimpin UMNO nak jadikan isu, nampaknya mereka sudah berada dalam keadaan bangsat idea dan isu yang amat parah.
Sekiranya Muhyiddin dan UMNO ikhlas, sepatutnya bila rakyat bersatu, dia gembira dan bersyukur. Iblis dan syaitan memang tidak senang melihat hamba Allah yang lain bersatu. Samalah seperti UMNO tidak senang melihat kerukunan rakyat Malaysia dalam KeADILan ada Pakatan Rakyat.
Salam Bro....
BalasPadamBro ANUAR patut kita labelkan PAK JENIN MODEN tak habis-habis dengan mimpi disiang hari dia
Assalamualaikum kifli,
BalasPadamAnwar tu pro Amerika
Lebih baik pilih yang kurang baik daripada pilih yang bahaya